CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Berjumpa, Berjumpalah,Tak Adalah 'Plan' Sampai Nak Berjumpa," Nora Danish Okay Je Dengan Fasha Snadha

14-11-2023 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8259| Komen: 30

Nora Danish, 41, dan Fasha Sandha, 39, sudah lama baik dan tiada apa perlu dijadikan isu lagi kerana ia sudah lama berlalu.

Nora kata tiada masalah untuk saling bertegur dan mesra sekiranya berjumpa di mana-mana, termasuk jika bertemu dalam acara hiburan yang dihadiri.


Foto: IG

"Sebenarnya, hubungan saya dengan dia (Fasha) memang dah lama okay. Tapi, bila berjumpa, berjumpalah. Tak adalah 'plan' sampai nak berjumpa, tapi kalau terjumpa, terserempak, okay Alhamdulillah.

"Tak ada apa dah (nak diingat lagi), benda pun dah lama dah," katanya.



Terdahulu, isu perselisihan faham membabitkan peribadi antara Nora dan Fasha berlaku pada 2017 sehingga tindakan undang-undang diambil, namun mereka akhirnya sepakat menyelesaikannya di luar mahkamah pada 2018.

Bagaimanapun, ketika sambutan Aidilfitri tahun ini, kedua-duanya bergambar bersama ketika berkunjung dan berkumpul di kediaman bekas keluarga mentua mereka, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, pada April lalu yang menjadi perhatian ramai.



Mengulas mengenai filem lakonannya, Sayu Yang Syukur arahan Datuk Aaron Aziz yang dihasilkan pada 2015 dan selepas lapan tahun baru akan ditayang di pawagam pada 28 Disember depan, Nora berkata, dia masih teruja menantikan filem itu walaupun ia sudah dihasilkan kira-kira lapan tahun lalu dan pastinya banyak perubahan sudah berlaku.

"Ini adalah produk filem saya yang pertama berlakon dengan Aaron dan dia (Aaron) juga menjadi pengarah untuk filem ini. Saya harap penonton dapat menerima dengan baik kerana perlu mengambil kira keadaan lapan tahun lalu.



"Saya tahu pengaruh netizen dan media sosial sekarang ini, termasuk bimbang juga dengan kualitinya, tapi semoga penonton fahamlah sebab filem Sayu Yang Syukur ini sudah disiapkan agak lama," katanya.

Nora yang kini memperlahankan karier lakonannya dengan menerima tawaran filem dan telefilem berkata, dia bertindak demikian kerana mahu memberi tumpuan utama terhadap keluarganya.



Selain Nora dan Aaron, filem ini turut dibintangi Mohd Khafairie, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Raja Emma dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-11-2023 04:03 PM
wahhhhh lamanya dah lapan tahun baru nk tayang filem tu. tp yg pasti muka nora tetap sama, body maintain. hehe
Quote Burong_Hantuk 14-11-2023 04:08 PM
better x payah rapat sgt dgn si sendat tu...
Quote zuriey 14-11-2023 04:11 PM
Nowa ni bagus juga.tgk noned dgn nabila khan boleh berbaik dah.myb nowa jadi pendamai.
Dulu kemain berperang si noned dgn nabila
Quote freyayong 14-11-2023 04:16 PM
bagus nora ni.. ada ramai org sukar ye nak buat keputusan ini. kalau aku pun belum tentu. so aku kagum dgn org2 yg sebegini. boleh berdamai...
Quote juruterra 14-11-2023 04:23 PM
freyayong replied at 14-11-2023 04:16 PM
bagus nora ni.. ada ramai org sukar ye nak buat keputusan ini. kalau aku pun belum tentu. so aku kag ...

actually mmg takde sapa nk gaduh2 dgn ex ke family baru ex ke GF baru ex ke.... betulla apa dia ckp, kalau jumpa ok saja kalau tak jumpa xde la sampai berbaik2 lebih2 mcm memey & abby lol
Quote anony-mous 14-11-2023 05:07 PM
Wah jahlop vs mekjura OG
Quote bankerpencen 14-11-2023 05:14 PM
Memang benda dah lama pun, dua2 pun dah ada laki lain…
Quote she 14-11-2023 07:07 PM
Memasing ada kehidupan sendiri
Bagus Nowa
Quote Sazreena 14-11-2023 07:40 PM
Dalam banyak hal masa zaman sailang dulu, ND banyak mengalah.
Quote kotakominami 14-11-2023 07:47 PM
Mcm ni la yg faz maksudkan itu ari...tak perlu nk plan jumpa dgn jah...buat hal memasing jeh..
Quote Kancilkering 14-11-2023 07:47 PM
kita enjoy…..
Quote af_mania 14-11-2023 07:47 PM
Feeling2 lopa VS fazura ka?
Dah sendu la
Quote _blackbird 14-11-2023 08:05 PM
Nora ni mmg jenis ok2 je lah. Put aside seksi seksa dia, attitude dia ok je, sesuai di buat friend for life. takda nak back stab, takda busy body, takda mulut hangsuang. Dia buat hal dia je
Quote kakasotong2 14-11-2023 08:11 PM
Cengginila nak buat contoh. Bukan nak suruh berbaik beria bercomolot berbff bagai pun pada yg bergaduh tu. Cukup sekadar jernihkan yg keruh lepastu buat hal sendiri. Kalau berjumpa senyum2 jah xde la sampai nak mengelak atau bermasam muka.
Quote EncikRhoma 14-11-2023 08:31 PM
Sempat kan nowa perli jahlop. Selayaknya pun diperli. Tak perlu sampai plan segala bagai konon nak jumpa macam jahlop
Quote acik_zue 14-11-2023 08:41 PM
kotakominami replied at 14-11-2023 07:47 PM
Mcm ni la yg faz maksudkan itu ari...tak perlu nk plan jumpa dgn jah...buat hal memasing jeh..

Kannn... Rasanya itu lah yg dimaksudkan..
Bak kata nowa..Jumpa..jumpa..Buat biasa...
Tp xde la smpai nk set² masa together²..

Ni nk tunjuk berbaik.. Nk kena canang..umum bagai..
Ramai retis camtu.. Bila berbaik siap buat pc.. Adoiii dh kenapa.. Wt lek² sudah..
Quote snowflakes 14-11-2023 09:03 PM
Nora ni mesti baik orangnya kan
Quote edoraixora 14-11-2023 09:06 PM
ND lah yg paling sesuai nak bagi title the bigger person
Quote heythere123 14-11-2023 09:45 PM
sheols cucuk bibir ke?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.067883 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top