CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Altantuya: Sirul Azhar Dibebaskan Dari Tahanan Imigresen Australia

12-11-2023 01:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3585| Komen: 3

Shah Alam: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, dilaporkan telah dibebaskan daripada tahanan di Australia selepas ditahan selama hampir sembilan tahun.


Memetik laporan media Sydney Morning Herald, Sirul Azhar menjadi antara puluhan individu yang dibebaskan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi minggu lalu yang memutuskan bahawa bukan warganegara yang tidak dapat dihantar pulang tidak boleh lagi ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen.



Sebanyak 92 tahanan kebanyakannya adalah pelarian termasuk beberapa orang lain yang didapati bersalah atas jenayah kekerasan, turut dibebaskan dan dibenarkan tinggal di Australia di bawah syarat khas.


Turut mengesahkan berita tersebut adalah anaknya, Shukri Azam Sirul Azhar yang kini menetap di Australia.


"Dia (Sirul Azhar) bersama saya sekarang, dan saya mengendalikan segala-galanya bagi pihaknya," katanya dalam hantaran e-mel pada Ahad.


Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri disabitkan kesalahan atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.


Mereka berjaya mengenepikan sabitan itu di peringkat Mahkamah Rayuan pada 2013 namun Mahkamah Persekutuan pada 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati mereka.


Sirul Azhar telah melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya. Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.


Sirul Azhar telah berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.



Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 12-11-2023 02:51 PM
Azilah hadri kt mana eh skrg
Quote nusaraya 13-11-2023 11:41 AM
Sirul ini betul-betul idiot ... hak-hak istimewa yang diterimanya di Malaysia dia tinggalkan.... padahal jika dia balik ke tanah suchi malaysia .. hidup dia akan lebih selesa dan jikapun mati dijamin masuk syurga (seperti bangsa melayu keturunan Ibrahim dan Keturah lainnya) .... Hehehe  ..
Quote clueless_gamer 15-11-2023 09:11 PM
nusaraya: Sirul ini betul-betul idiot ... hak-hak istimewa yang diterimanya di Malaysia dia tinggalkan.... padahal jika dia balik ke tanah suchi malaysia .. hid ...
dasar busuk hati.. suka cari pasal dengan orang lain.. padahal orang msia ni takde pun pg masuk forum kau buat perangai jahat camni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.029240 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top