Bukit Mertajam: Dua individu maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta yang didakwa dipandu laju oleh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Nabil Zikry dan Sabrina yang kedua-duanya berusia awal 20-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan lain.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Menurut beliau, kejadian bermula apabila kereta yang dipandu remaja terbabit yang dari arah pulau terlanggar belakang sebuah lori. “Kejadian itu menyebabkan pemandu berkenaan terbabas sebelum hilang kawalan dan terus melanggar motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. “Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik di Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Cheng San berkata, pemandu kereta terbabit yang hanya mengalami kecederaan ringan direman selama sehari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membantu siasatan. “Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelas beliau. Tambah Cheng San, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. “Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222,” katanya. Sumber: Utusan |
dua_chzy replied at 11-11-2023 08:28 PM
Perketatkan la akta hukuman bunuh mandatori huntok kes gini uols.
Yesterday aku berselisih dengan k ...
otai_g replied at 12-11-2023 06:49 AM
Penang bai. Terutama belah pulau. Yg Tau, Tau lah mentaliti driver kat sana. X Tau lah sbb kat sana ...
syamzana replied at 12-11-2023 12:16 AM
eh tak kene hukuman apa2 ke ex-stdnt uols tu?
ada mangsa mati kot. ke kalau kes camni fmly mangsa ...
dua_chzy replied at 11-11-2023 08:28 PM
Perketatkan la akta hukuman bunuh mandatori huntok kes gini uols.
Yesterday aku berselisih dengan k ...
syamzana replied at 11-11-2023 04:16 PM
eh tak kene hukuman apa2 ke ex-stdnt uols tu?
ada mangsa mati kot. ke kalau kes camni fmly mangsa ...
Tinot7 replied at 11-11-2023 11:21 PM
Curi keta takde lesen ni pastu bunuh org, takkan takde apa2 tindakan? Famili mangsa yg kena buat s ...
dua_chzy replied at 12-11-2023 08:06 AM
Family redho kot. Lagipun bukan orang bandar reti legal action bagai.
ADVERTISEMENT