View: 5034|Reply: 67
|
Dua Maut, Motosikal Dinaiki Dirempuh Kereta Dipandu Remaja 16 Tahun
[Copy link]
|
|
Bukit Mertajam: Dua individu maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta yang didakwa dipandu laju oleh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Nabil Zikry dan Sabrina yang kedua-duanya berusia awal 20-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan lain.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.
Menurut beliau, kejadian bermula apabila kereta yang dipandu remaja terbabit yang dari arah pulau terlanggar belakang sebuah lori.
“Kejadian itu menyebabkan pemandu berkenaan terbabas sebelum hilang kawalan dan terus melanggar motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik di Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Cheng San berkata, pemandu kereta terbabit yang hanya mengalami kecederaan ringan direman selama sehari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membantu siasatan.
“Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelas beliau.
Tambah Cheng San, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222,” katanya.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 11-11-2023 12:33 PM
Perketatkan la akta hukuman bunuh mandatori huntok kes gini uols.
Yesterday aku berselisih dengan keta ex student aku. Bertambah gemok gedempol dah. A few years ago masa umo 18 tahun dia ngan kawan eksiden langgar kereta orang pehtu terbunuh sorang ibu mengandung. Kereta tu dinaiki husband and anak kecil si aruah tu tapi syukur yang 2 orang ni selamat. Ex student aku tu pi curik2 bawa kereta kakak dia, dengan takda lesen etc. Pembunuh jalan raya ni hidup aman2 ja. Huh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesalahan membunuh mcm ini tak nak hukum sebat plk |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar cerita yg arwah sabrina tu abang nya baru je meninggal tahun ni jugak. Kesian la mak bapaknya setahun 2anak hilang |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-11-2023 08:28 PM
Perketatkan la akta hukuman bunuh mandatori huntok kes gini uols.
Yesterday aku berselisih dengan k ...
eh tak kene hukuman apa2 ke ex-stdnt uols tu?
ada mangsa mati kot. ke kalau kes camni fmly mangsa yg kene ambil tindakan utk saman???
teringat kes arwah ayah iols, mmg fmly iols saman je. mendapat la pakcik tu kene byr saman dgn jail skali pastu bini mai merempan depan umah mak iols ckp weols kejam tade hati perut. eh yg suami mak iols sampai mati la laki ko langgar tu apa??? mujur iols tade time dia mai merentan kalau tak aku plak yg masuk jail agaknya
***makpak p mana la lepas anak bawak kereta ni???saman skali makpak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu bdk pompuan. Ni bdk laki pulak. haihhh. yg bt ksalahan elok je xcdera tp org lain yg jd mngsa. |
|
|
|
|
|
|
|
dah dpt tangkap ke budak tu?
dah jadi pembunuh terus
patut yg bwk laju2 yg mabuk2 ni semua yg mati
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahh laaa aku baca baca komen kat IG katanya tengah racing. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo ni ada laki aku tgk video smlm
Npk mcm ada api terbakar lps berlanggar
Salam takziah buatt keluarga arwah berdua
Katanya pasangan tunang |
|
|
|
|
|
|
|
Penang bai. Terutama belah pulau. Yg Tau, Tau lah mentaliti driver kat sana. X Tau lah sbb kat sana rmi bangsa tu ke atau mmg budaya penduduk kat sana mmg mcm tu. Tp rs ya mmg sbb penduduk asal mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 12-11-2023 06:49 AM
Penang bai. Terutama belah pulau. Yg Tau, Tau lah mentaliti driver kat sana. X Tau lah sbb kat sana ...
Nak ngutuk cara org pulau drive jugak.. kat penang tu, tak signal bila nak tukaq lane.. pikiaq org bleh baca minda dia agaknya..
Hat kat mana2 negeri yg wat pangai sama, iols speku org penang jugak.. walopon number plet bkn penang.. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 12-11-2023 12:16 AM
eh tak kene hukuman apa2 ke ex-stdnt uols tu?
ada mangsa mati kot. ke kalau kes camni fmly mangsa ...
Saiko betui minah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-11-2023 08:28 PM
Perketatkan la akta hukuman bunuh mandatori huntok kes gini uols.
Yesterday aku berselisih dengan k ...
Curi keta takde lesen ni pastu bunuh org, takkan takde apa2 tindakan? Famili mangsa yg kena buat saman.. kang lepaih aman2 giteww jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg keluar kt vtt ada moment dia naik muto ngan tunang dia tu kan..
iinnalillah..yg laki tu asyik post psl mati je dua tiga sblm kejadian.. |
|
|
|
|
|
|
|
kerana tidak tahu jalan untuk saman pemandu, ibubapa dan tuan punya kereta (2 saman berbeza), maka 2 org ini hanya - sebenarnya - mati katak sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 11-11-2023 04:16 PM
eh tak kene hukuman apa2 ke ex-stdnt uols tu?
ada mangsa mati kot. ke kalau kes camni fmly mangsa ...
Alaaaa kesiannya aruah pak uols. Al Fatihah untuk aruah.
Family mangsa malas proceed saman kot. Cukup dengan mintak mahap. Ntah. Memang tak kena apa2 2 ketul tu, herlok ja menikoh beranak pinak berbisnes... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 11-11-2023 11:21 PM
Curi keta takde lesen ni pastu bunuh org, takkan takde apa2 tindakan? Famili mangsa yg kena buat s ...
Family redho kot. Lagipun bukan orang bandar reti legal action bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
aku speku budak tu bukan melayu, bawak lexus punya laju... ada ja dashcam rakam mmg laju.. harap pemilik dashcanm pi serah bukti kat balai dan waris mangsa.. bukan boleh penang ni, dan dan ada kad OKU, takpun kad bangsa ja depa pakai... atas jambatan boleh buat personal track dia... harap family mangsa bergabung saman family budak pembunuh smpai tggal spender ja,. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-11-2023 08:06 AM
Family redho kot. Lagipun bukan orang bandar reti legal action bagai.
Takziah kpd keluarga.. mebbe deme tak tau apa nak buat.. mebbe deme kesian kat bebudak tu.. itu mebbe 2nd chance in laif bg deme.. |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g: Penang bai. Terutama belah pul ... otai_g: Penang bai. Terutama belah pul ...
I mmg tak kan keluar p belah pulau dah kalau time 1-3 pg. banyak babi bawak kereta berkeliaran time tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|