CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Dua Hari, Lelaki Dedah Tak Nampak Jalan Pulang, Pandangan Gelap

11-11-2023 11:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12410| Komen: 241

Sungai Buloh: "Selama dua hari gagal dikesan, adik saya beritahu dia hanya berada di dalam kereta dan tidak jumpa jalan pulang ke rumah, malah ketika parkir di kawasan Sungai Buloh itu, dia juga tidak dapat membuka pintu dan keadaan sekeliling nampak gelap." 


Demikian kata Muhammad Luqmanul Hakim Mohd Saiful, abang kepada penyunting video, Muhd Danial Hakim, 24, yang gagal dikesan selepas pulang bekerja di Petaling Jaya, kira-kira 6.30 petang, Rabu lalu.

Muhammad Luqmanul berkata, adiknya hanya menemui jalan pulang selepas terdengar azan malam tadi, sebelum enjin kereta berjaya dihidupkan semula dan berjaya pulang ke rumah dalam keadaan selamat, namun trauma dan lemah.


"Pada hari kejadian, sebaik turun dari MRT Sungai Buloh, dia berasa agak pening dan memandu kereta sebelum dia parkir sekejap di kawasan berhampiran untuk berehat.

"Namun selepas itu, dia bergerak untuk pulang ke rumah, namun gagal menemui laluan ke rumahnya dan beberapa kali melalui kawasan sama.


"Selepas itu, dia meletakkan kereta di kawasan terbabit dan cuba menghubungi isterinya namun gagal, malah dia juga tidak dapat membuka pintu kereta, selain enjin (kereta) gagal dihidupkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia juga hanya lihat di luar kereta, keadaan hitam, dan tidak dapat berbuat apa-apa.

"Mujur malam tadi dia terdengar bunyi azan dan cuba menghidupkan kereta sebelum berjaya dan mengikut laluan berpandukan lampu kereta sebelum dia menemui sekolah dan kedai makan yang memang dicam olehnya dan terus pulang.

"Sebaik tiba di parkir rumah flatnya, dia terus menghubungi isterinya memaklumkan dia berada di bawah dan tidak larat hendak naik ke atas," katanya.

Katanya, adiknya itu ditemukan dalam keadaan lemah dan lapar kerana tidak makan selama dua hari.

"Terima kasih kepada Harian Metro kerana menyiarkan berita kehilangan adik saya sehingga ditemukan," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita sedih dan buntu memikirkan nasib suami yang dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah di Bukit Rahman Putra di sini, sejak Rabu lalu.

Penyunting video, Muhd Danial Hakim gagal dikesan selepas pulang bekerja di Petaling Jaya, kira-kira 6.30 petang.

Bercerita lanjut, Puteri berkata, berdasarkan rekod transaksi kad Touch 'n Go (TnG) mendapati kereta Kia Forte milik suami keluar dari Stesen MRT Sungai Buloh pada 8 malam hari sama.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 11-11-2023 11:28 AM
Spender masam tak?  Takot pegi cek-in je..
Quote Skuau 11-11-2023 11:47 AM
Malu bertanya...kawan..sesat cari jalan pulang...nananana........-xpdc
Quote Ayda89 11-11-2023 01:13 PM
Muka dia mcm anak cheta haha
Quote dua_chzy 11-11-2023 01:14 PM
Penyakit kot kan uols? Tetiba hilang vision? Samada mental, penyakit fizikal (early blindness?) atau gabungan keduanya?
Quote cmf_premierleag 11-11-2023 01:16 PM
Ntah2 burnout sbb keje overload
Quote anony-mous 11-11-2023 01:17 PM
tumpanglalu74 replied at 11-11-2023 11:28 AM
Spender masam tak?  Takot pegi cek-in je..

Nk speku benda yg sama. Bkn apa, i byk kali dah tertipu kes2 mcm ni, ujung2 bermaksiat. Ank lari dari rumah la, lelaki culik ank umur 16-18, vilaa nabila kena sorok dgn hantu duk tabur garam
Quote anony-mous 11-11-2023 01:18 PM
“Selepas itu, dia meletakkan kereta di kawasan terbabit dan cuba menghubungi isterinya “

Kawasan terbabit tu kawasan mana?
Quote imransulaiman 11-11-2023 01:36 PM
Kenapa tak waze jalan pulang? Henfon dia isteri tak boleh hubungi ke?
Quote Thunderclouds 11-11-2023 02:09 PM
Xmati lemas lak yer dh pintu xleh bukak, enjin xleh start semer.
Ke.. Tingkap leh nganga sikit utk peredaran udara tp nk klua bdn xlepas??
Quote monreyes 11-11-2023 02:17 PM
twilight zone....
Quote Suchi 11-11-2023 03:17 PM
dua_chzy replied at 11-11-2023 01:14 PM
Penyakit kot kan uols? Tetiba hilang vision? Samada mental, penyakit fizikal (early blindness?) atau ...

Masa baca berita dia hilang tu sbb dia lelaki dewasa iols memikirkan plot twist yg buat bini dia terluka
Tp bila baca dia kta gelap mata bagai maybe juga dia ada penyakit tertentu
Iols terpikir sakit mcm rentua tu dimensia kot ntahlaaa harap dibawak ke sepital utk pemeriksaan selanjutnya.
Laki kawan iols penah juga tiba2 hilang tak balik umah gini masa tu bulan puasa, ntah apa terjadi taktaulaa misteri mcm ni la juga.
Quote koko2 11-11-2023 03:29 PM
aku pernah dgr cerita dari seorg ustaz bgtau ada area di KL yg bila kita TERmasuk laluan PINTU GERBANG mereka secara tak sengaja akan TERMASUK dlm kawasan hitam pekat...bernasib baiklah jika diberi jln keluar dlm masa yg singkat...sbb tu dlm HATI selalulah berselawat dan zikir ketika drive tak kira kat mana pun kita..
Quote dua_chzy 11-11-2023 03:35 PM
Suchi replied at 11-11-2023 07:17 AM
Masa baca berita dia hilang tu sbb dia lelaki dewasa iols memikirkan plot twist yg buat bini dia t ...

Dimensia tu, nyanyuk uols. Tatau la kalau hada unsur mistik kan. Tapi mistik2 ni, almost always, biasanya terkena kat ummah mental tak berapa nak stabil so better buat check up la juga.
Quote syamzana 11-11-2023 03:49 PM
koko2 replied at 11-11-2023 03:29 PM
aku pernah dgr cerita dari seorg ustaz bgtau ada area di KL yg bila kita TERmasuk laluan PINTU GERBA ...

tak diberitahu ke area mana uols???
risau plak kot kita dok drive ujung2 tak jmp jalan pulang. kalau sekeluarga hilang iols ok lagi asalkan bersama, kot hilang sorang2 habis la sapa nak ambil anak kat sek, kat kindy nayaaa weii

iols mcm 50-50 nak caya kes ni, entah la. semoga baik2 saje la hendaknya
Quote immi 11-11-2023 03:59 PM
koko2 replied at 11-11-2023 03:29 PM
aku pernah dgr cerita dari seorg ustaz bgtau ada area di KL yg bila kita TERmasuk laluan PINTU GERBA ...

Syukurlah 7 tahun ulang alik keje KL dr Putrajaya & kdg2 dari Koselangor x termasuk pintu tu. Dah 3 bln pencen dah haa... legaaaa
Quote kaedahnya 11-11-2023 04:27 PM
ok la hilang macam ni, jangan hilang macam lelaki lain tu sedar sedar dah sampai siam nak menikah lagi satu.
Quote batmana 11-11-2023 04:39 PM
payah nk ckp klu benda cmni terjadi , klu dia ada rekod video kt tepon dia pndangan keliling dalam kereta tu gelap, mgkin bole percaya sket.

aku lebih percaya dia ada penyakit je ni, mgkin kene rawatan dulu, dgn pakar otak ke ape.



Quote Purplehaz 11-11-2023 04:40 PM
Slalu dgr kes hilang sesat kat hutan...ni sesat kat JALAn raya kena sorok x nmpk jln pulang...Bahaya gak ni.
Tapi mungkin juga dia ni dimensia hilang ingatan.
Quote plywood 11-11-2023 04:49 PM
Ada seorang ustaz cerita dengan aku yang dia pernah terserempak dengan hantu penanggal. Tiba-tiba sekeliling dia jadi gelap. Tak nampak apa persekitaran kecuali hantu tu. Semasa dia cuba menenangkan diri dan membaca ayat dia rembat hantu tu dan buang. Sekelip mata juga pemandangan pulih.

Mungkin mcm tulah kot situasi yg dihadapi orang ni tapi tak pandai pulak nak pulihkan. Begitu spekuan aku..

Lihat semua komen(241)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044331 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top