Kuala Lumpur: Seorang warga emas berusia 74 tahun cedera di dada dan pecah tempurung lutut, hanya disebabkan menegur perbuatan seorang 'tukang atap' melonggokkan genting atap di kawasan parkir.
Dalam kejadian di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor pada 22 Julai lalu, lelaki yang hanya dikenali sebagai Ubai mendakwa dia ditumbuk suspek di bahagian dada beberapa kali sebelum terjatuh ke atas jalan tar mengakibatkan tempurung lutut pecah tiga bahagian. Menurutnya, dia kini terpaksa melalui proses pemulihan dan fisioterapi selepas menjalani pembedahan akibat diserang tukang atap yang juga bapa kepada jirannya itu. "Kami sedang bersiap untuk pergi ke majlis perkahwinan sebelum saya ternampak suspek yang sedang membaiki bumbung rumah anaknya melonggokkan genting atap di kawasan parkir. "Saya cuba berbincang dengannya tetapi belum sempat bercakap panjang suspek terus menengking dan menyerang saya sehingga terjatuh.
"Anak perempuan saya yang terlihat kejadian itu cuba menahan suspek namun dia terus menyerang hingga saya terjatuh di atas jalan tar," katanya ketika membuat aduan kepada Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Mahmud Jumaat, baru-baru ini. Menurutnya, sehingga kini tiada tindakan diambil pihak berkuasa malah mendakwa pegawai penyiasat hanya menghubunginya kira-kira tiga minggu lalu walaupun laporan sudah dibuat lebih tiga bulan. "Apa yang saya hanyalah keadilan, saya mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas suspek," katanya. Sementara itu Mahmud berkata, pihaknya akan menghantar notis tuntutan bagi pihak mangsa untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu dan akan meneliti tindakan undang-undang yang sewajarnya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Antifake replied at 10-11-2023 06:58 PM
Kesiannya pakcik ni. Patut dah kena tahanan reman saiko sekor tu
Skuau replied at 10-11-2023 07:02 PM
pakcik tu mesti membebel x henti cam radio rosak...
Antifake replied at 10-11-2023 06:58 PM
Kesiannya pakcik ni. Patut dah kena tahanan reman saiko sekor tu
ADVERTISEMENT