Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengesahkan berlaku pencemaran di sebuah tangki air kolej kediamannya. Pusat Komunikasi Korporat menyatkan, pengurusan universiti itu menjelaskan pencemaran berkenaan dikesan selepas siasatan berhubung satu video tular penemuan ulat dalam tangki air yang didakwa berlaku di kampusnya.
"UMS mengambil maklum akan sebuah klip video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini berkaitan pencemaran tangki air di salah satu kolej kediaman pelajar di kampus UMS. "Susulan daripada klip video itu, pengurusan UMS melalui Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) menjalankan siasatan terhadap kesahihan dakwaan seperti yang dinyatakan dalam video tersebut. "JPP mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku terhadap salah satu tangki air di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) UMS," katanya.
Bagaimanapun katanya, tangki yang terjejas itu adalah tangki daripada sumber air melalui sistem telaga tiub dan tidak menjejaskan sumber air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) yang menjadi sumber utama kegunaan harian pelajar. Berikutan kejadian itu, katanya JPP UMS mengarahkan kontraktor penyelenggaraan untuk mengosongkan tangki yang tercemar terbabit. "JPP juga mengarahkan kontraktor penyelenggaraan supaya sentiasa memantau setiap fasiliti bangunan di UMS bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kesihatan khususnya kepada warga penuntut UMS. "Pengurusan UMS akan terus memantau perkembangan pelajar di KKTPAR bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas dan tidak mengganggu pembelajaran serta kehidupan seharian pelajar sepanjang berada di kolej kediaman," katanya. Klip video terbabit yang disebarkan melalui TikTok menunjukkan keadaan tangki air yang dipenuhi ulat hingga menimbulkan rasa jijik terhadap sesiapa yang melihatnya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
antikorok replied at 10-11-2023 10:25 PM
Ada tak yang terminom termandi manda sambil berkumor2?
Mesti air tu busok namampos serope kumbahan ...
Atata replied at 10-11-2023 11:02 PM
Eeee kenapa teruk sgt ni... mcm ada sampah penuh ular kena tuang masuk dlm tangki tu
ADVERTISEMENT