Batu Pahat: Kejadian misteri menimpa beberapa buah rumah di sekitar Parit Raja dan Ayer Hitam, di sini sejak malam Khamis lalu dan terus berlarutan. Ketukan demi ketukan kedengaran namun apabila pintu dibuka, tiada siapa di luar.
Misteri ketukan itu terus menghantui penduduk terutama bagi mereka yang tinggal di Kampung Parit Haji Siraj apabila semua rumah di kawasan itu menjadi 'mangsa' ketukan bermula awal pagi yang dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam. Beberapa lagi penduduk di kawasan lain seperti Parit Haji Salleh, Parit Samion, Parit Kangkar serta kawasan sekitarnya turut mengalami nasib sama. Penduduk Parit Haji Siraj, Nur Yana Nazwa Hussin, 35, berkata, rumahnya antara terawal menjadi 'serangan' itu apabila pintunya diketuk sebanyak tiga kali sejak malam Khamis lalu. Menceritakan kejadian menakutkan itu, ibu kepada dua anak berkata, peristiwa pertama berlaku pada 2 pagi Jumaat lalu apabila tingkap hadapan rumah diketuk sebelum dia membuka namun tiada kelibat sesiapa pun.
"Waktu kejadian pertama, saya bersama suami (Nizam Sarbini, 46) ada di rumah dan dia terus keluar melihat siapa individu terbabit. Puas kami keliling rumah mencari namun tiada kelibat yang kelihatan. "Kejadian kedua pula, 'dia' ketuk pintu belakang dan malam semalam, pintu hadapan pun kena ketuk. Waktu ketukan itu berlaku sekitar 2 pagi namun, saya tidak berani buka pintu. "Ketika itu, suami dah tidur dan hanya saya seorang yang dengar. Saya terus diam dalam lama-kelamaan ia terus senyap," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, pada mulanya dia menyangka hanya rumahnya terkena usikan benda itu namun apabila memuat naik perkara itu di media sosial, penduduk kampungnya serta sekitar turut memberitahu perkara sama. "Ada yang mengatakan bahawa, kejadian ini ada kaitan dengan amalan ilmu hitam kerana ada individu mahu test (cuba) kekuatan ilmu itu, namun sejauh mana kebenaran saya tidak pasti. "Bayangkan kalau rumah saya sahaja yang kena ada juga logiknya, ini satu kampung kena usik. Kami tidur pun tak lena akibat ketakutan bunyi ketukan itu. "Kebetulan rumah ada CCTV (kamera litar tertutup), saya buka dan lihat tetapi tiada kelibat siapa pun waktu pintu diketuk. Yang kami nampak cahaya halus dan panjang menuju ke arah rumah ibu bapa (Rosidah Nasir, 56, dan Hussin Markon, 65). "Lepas itu, bunyi ketukan di rumah ibu bapa saya pula, itulah membuat kami pelik," katanya. Katanya, pasukan paranormal yang menjalankan perubatan Islam sudah datang ke kampungnya malam tadi untuk rawatan. "Mereka beritahu memang ada makhluk cuma tidak dimaklumkan macam mana (makhluk itu). Rumah kami pun sudah 'dipagar' bagi mengelak gangguan berulang." katanya. Seorang lagi penduduk, Ridwan Jemain, 34, berkata kejadian ketukan di rumahnya berlaku pada malam Rabu lalu. "Ketika itu, saya dah tidur tetapi yang dengar (ketukan) adalah isteri (Nor Syamila Shahira Ramlan, 30). Bunyinya sangat kuat macam orang tumbuk pintu. "Dalam tiga empat kali, bunyinya terus hilang. Isteri langsung tidak buka pintu kerana sudah tahu bukan orang yang datang," katanya. "Ia bermula dari rumah Hussin, sebelum benda itu menggila dan mengacau semua rumah penduduk di kampung ini," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
Belibis replied at 10-11-2023 02:18 PM
Abis laaaa...antu jowo dah bangkit dari kuburan..
JamilBinAbu replied at 10-11-2023 02:39 PM
nasib baik dia tak ketuk pintu hati
JamilBinAbu replied at 10-11-2023 02:39 PM
nasib baik dia tak ketuk pintu hati
JamilBinAbu replied at 10-11-2023 06:39 AM
nasib baik dia tak ketuk pintu hati
sharlenetexas replied at 10-11-2023 08:45 AM
Area uthm ni kan?
Tak ketuk bilik lecturer sekali?
gigahertz replied at 10-11-2023 10:42 PM
Aah.
Rumah i 30km daripada rumah akak dlm video ni
ADVERTISEMENT