CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Diburu Polis Gara-Gara Cabut Misai Harimau Belang Mati Dilanggar Untuk Tuah Dan Buat Tangkal

10-11-2023 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5851| Komen: 40

IPOH – Susulan video tular yang memaparkan tindakan individu mencabut misai harimau belang yang mati dilanggar treler di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung dekat Gopeng, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan menjalankan siasatan.


Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu akan dilakukan pihaknya dalam masa terdekat.

“Kita akan siasat dan pegawai saya akan buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi 24 saat, memaparkan tindakan beberapa individu mencabut misai daripada bangkai harimau belang jantan yang maut dalam kejadian awal pagi ini.

Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu kerana percaya tinggalan daripada harimau seperti misai dan gigi mampu membawa tuah hingga ada antara mereka yang menjadikannya sebagai tangkal.


Sementara itu, Yusoff berkata, siasatan pihaknya di lokasi harimau belang itu dijumpai mendapati haiwan liar itu tercampak di tengah pembahagi jalan selepas dilanggar sebuah treler.


Loading FB Post...

Bagaimanapun katanya, treler tersebut tidak memberhentikan kenderaannya.

“Bangkai harimau belang itu telah dialihkan ke tepi jalan oleh kakitangan PLUS yang sedang menjalankan kerja-kerja membaiki jalan.

“Hasil pemeriksaan dan penelitian pada bangkai harimau belang itu mendapati haiwan dianggarkan seberat 100 kilogram itu berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun,” katanya.

Tambah beliau, kawasan kejadian adalah berdekatan dengan Hutan Simpan Bukit Kinta di mana harimau belang yang mati itu disyaki haiwan sama yang telah menimbulkan konflik di beberapa lokasi di sekitar kawasan tersebut.

“Perhilitan Daerah Kinta pernah menerima aduan serangan harimau belang ke atas ternakan di Kampung Jelintoh, Gopeng pada 20 Oktober lalu.

“Sebagai tindakan susulan, perangkap telah dipasang pada 25 Oktober lalu di kawasan Kampung Jahang selain memasang perangkap kamera bagi memantau pergerakan haiwan tersebut,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 10-11-2023 12:35 PM
mcm2 jenis manusia
Quote grouper 10-11-2023 12:43 PM
Dalam ranking tangkal mmg tangkal yg dibuat daripada bahagian badan harimau paling mahal dan ampuh...setiap inci badan harimau tu ada rege
Quote Atata 10-11-2023 12:47 PM
grouper replied at 10-11-2023 12:43 PM
Dalam ranking tangkal mmg tangkal yg dibuat daripada bahagian badan harimau paling mahal dan ampuh.. ...

Hm... mcm2 org buat demi nak jd hebat. Dorang tak tahu dosa syirik
Quote kucingitam 10-11-2023 04:18 PM
bodoh pula pergi rakam...
Quote Skuau 10-11-2023 04:20 PM
AKU..lebih sian kt rimau yg kena langgar tu...
Quote husie91 10-11-2023 05:07 PM
Kenapa kena tangkap.. kan dh mati harimai nya sorry soalan serius tanya haha tktau
Quote prettyuglybabe 10-11-2023 05:25 PM
jahatnya la manusia..
semoga diganggu roh harimau sampai hidup tak tentu arah..
Quote Skuau 10-11-2023 05:29 PM
husie91 replied at 10-11-2023 05:07 PM
Kenapa kena tangkap.. kan dh mati harimai nya sorry soalan serius tanya haha tktau

cer try kt orng...pulok...
Quote Decaffeinated 10-11-2023 05:32 PM
Sila hukum cabut misai dia pula selai2

sedap ka tak dik
Quote ninja boy 10-11-2023 06:19 PM
alang2 terlanggar harimau sblm pihak lain datang, terus kasi bungkus masuk kenderaan pergi lapah haiwan itu kulit gigi dll  
Quote dua_chzy 10-11-2023 06:24 PM
Dah kenapa bends gini polis sebok nak buru, scammer lak kau biar lepas bebas hidup aman2 walaupun terima report dari orang awam?
Quote putericahaya999 10-11-2023 06:53 PM
Rimau dh mati pun
Quote jejaka_hensem 10-11-2023 07:22 PM
Harap bukan org Islam yg buat.
Quote jejaka_hensem 10-11-2023 07:25 PM
Decaffeinated replied at 10-11-2023 05:32 PM
Sila hukum cabut misai dia pula selai2

sedap ka tak dik

Saya memang cabut satu2 misai dgn janggut.
Boleh tahan jugak sakit dia walaupun dah selalu buat
Quote edayildiz 10-11-2023 07:29 PM
apa punya perangai la manusia ni..
semoga roh tiger tu dtg menghantui hidup pencuri itu setiap mlm
Quote Decaffeinated 10-11-2023 08:02 PM
jejaka_hensem replied at 10-11-2023 07:25 PM
Saya memang cabut satu2 misai dgn janggut.
Boleh tahan jugak sakit dia walaupun dah selalu buat:di ...

misai kau mesti sama banyak macam misai kucing kan boleh cabut selai2, ka tak?

Quote super_nova 10-11-2023 08:22 PM
Kalau betul la ambik sebab nak buat tangkal dsb dah dikira amalan khurafat ni..harapnya bukan orang Islam la..
Quote jejaka_hensem 10-11-2023 08:45 PM
Decaffeinated replied at 10-11-2023 08:02 PM
misai kau mesti sama banyak macam misai kucing kan boleh cabut selai2, ka tak?

Byk sikit la dari misai kucing tu
Quote green~tea 10-11-2023 09:17 PM
Nate mana ni ada kepercayaan pelik2... animisme? Orang bangsa apa

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053258 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top