Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menitipkan doa agar urusan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipermudahkan Allah SWT. Menerusi hantaran di Instagram, tidak hanya mendoakan Syed Saddiq tetapi juga kepada seluruh keluarga agar tenang dan tabah berdepan ujian.
"Walaupun saya tak suka awak atas sebab-sebab tertentu... Tetapi sebagai seorang yang beragama Islam, saya mendoakan Allah berikan awak kekuatan untuk menghadapi ujian Allah ini, agar awak dan seluruh ahli keluarga dapat menjalani segalanya dengan tenang, kuat dan tabah. "Apa status, pangkat dan darjat sekali pun setiap dari kita yang Allah cipta pasti akan diuji. Tak perlu letak lemon pada luka. Sakit. "Ini hari dia. Hari kita tak tahu bila. Doa yang baik-baik sahaja," tulisnya.
Pada Khamis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas empat pertuduhan iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta atau penjara empat tahun jika gagal membayar denda. Sumber: Oh Bulan |
mojarean_X replied at 10-11-2023 10:11 AM
Shut up. Motif ko tulis titip doa tp ko ckp ko x suka orang tu sbb apa?
SalenaGomez replied at 10-11-2023 10:17 AM
Sarcasm ??
SalenaGomez replied at 10-11-2023 10:17 AM
Mentang2 kes bapak nya dah settle, berbunyik la ya
tripleid replied at 10-11-2023 10:31 AM
ramai yg bersedih rupanya..
mojarean_X replied at 10-11-2023 10:35 AM
Chuols pun sedih juga ke?
mojarean_X replied at 10-11-2023 10:18 AM
Oppsss sorry sarcasm rupanya
Tp mcm x menjadi je sarcasm dia
Firenzza replied at 10-11-2023 10:26 AM
Kalau compare jumlah sakau bapaknya bertiang2 kenz tinggal....siap belikan hotel jota2 dkt bali ka ...
mojarean_X replied at 10-11-2023 10:11 AM
Shut up. Motif ko tulis titip doa tp ko ckp ko x suka orang tu sbb apa?
ADVERTISEMENT