Seorang lelaki yang sudah berusia 73 tahun bertindak membunuh isterinya, Sri Juanah hanya kerana mengesyaki wanita tersebut berlaku curang kepadanya. Detik.com melaporkan, wanita malang tersebut sudah pun berusia 70 tahun.
Santoso yang telah ditangkap pihak berkuasa Jawa Timur, Indonesia kemudian menceritakan kronologi perbuatan kejamnya itu. Menurut Santoso mereka bertengkar selepas isterinya selesai solat Subuh pada 7 November lalu. Kerana bergaduh mulut dan rasa sakit hati, dia lalu memukul wanita itu dengan besi. Sewaktu isterinya masih dalam keadaan lemah, Santoso membawa wanita itu menaiki alat pembawa barang sebelum dibuang ke sungai. Santoso juga mengaku isterinya masih hidup sewaktu dibuang ke sungai sebelum mati lemas. “Kami bertengkar dia meninggikan suara dan saya pukul dengan besi. Sewaktu dia masih lemah, saya bawa ke sungai.
“Saya buang dia ke sungai sewaktu masih hidup. Saya sakit hati dia curang tapi tidak mengaku,” ujarnya.-CARI Sumber: Gempak
|
ifanonline replied at 10-11-2023 02:11 AM
hati2 kawin dgn org indon...ini lah nasib wanita2 indon
Themilo replied at 10-11-2023 10:26 AM
Nasib wanita kat india uols tak nampak ke sis?
otai_g replied at 10-11-2023 10:38 AM
Ayoyo nenek sudah menopaus mcm mn mau curang. Sp plk yg ada taste nenek ni
jari10 replied at 10-11-2023 11:29 AM
Sorry tertekan report
tri-max replied at 10-11-2023 11:49 AM
Da hidup di dunia ni dgn tenang2 selama 70tahun
kenapa ko buat hal di hujung2 usia
why... i cannot b ...
pokokmeranti replied at 10-11-2023 09:41 AM
ada je kan kes pemuda rogol nenek, atau pemuda nikah wanita berusia seperti nenek. x mustahil.
s@s@ replied at 10-11-2023 10:03 AM
dia cemburu, tanda masih sayang tu
ADVERTISEMENT