Kemaman: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa diperkosa secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki di sebuah rumah di Kijal di sini pada Julai tahun lalu. Susulan itu, tujuh remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi masih diburu.
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 14 hingga 19 tahun di tahan di beberapa lokasi berasingan petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan itu berikutan aduan diterima daripada mangsa baru-baru ini. “Mangsa mendakwa dibawa seorang kenalan lelakinya di sebuah rumah tersebut sebelum dirogol bersama tujuh lelaki lain. “Setakat ini, tujuh suspek yang sebahagiannya berasal dari luar Terengganu sudah berjaya ditahan manakala seorang lagi sedang diburu,” katanya di sini hari ini. Hanyan berkata, kesemua suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Perintah reman dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Sumber: Kosmo! Online |
Decaffeinated replied at 9-11-2023 10:51 PM
Kejadian bulan Julai tahun lepas. Between then and now, bisnes lebat tak?
mojarean_X replied at 9-11-2023 10:53 PM
Bisnes apa chuols?
ifanonline replied at 10-11-2023 09:12 AM
wanita2 skrg rajin tunjuk cleavage dlm sosmed, mana tak kena rogol bergilir-gilir
LadyCarefree replied at 10-11-2023 11:58 AM
ceteknya pemikiran bagaikan tetek nasi lemak 20sen.
ADVERTISEMENT