CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Ditembak Ketika Uji Tangkal Kebal

9-11-2023 05:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4444| Komen: 11

Bandar Bauchi, Nigeria: Seorang lelaki di negeri Bauchi, Nigeria mati ditembak oleh sorang pawang ketika menguji kekebalan tangkal yang didakwa dapat menjadikan si pemakai kalis peluru, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.


Pawang tersebut, yang menembak mangsa menggunakan sepucuk pistol buatan tempatan,  telah diberkas bersama dua suspek lain. Seorang lagi suspek masih diburu polis.


Menurut Superintendan polis tempatan, Ahmed Wakil, ujian kekebalan objek digelar ‘tangkal pistol’ itu dilakukan ke atas mangsa, Muhammadu Ali, 43.

Sejurus terdengar bunyi tembakan, polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum membawa mangsa ke hospital.

“Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital,” kata Wakil sambil memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menggunakan tangkal seperti itu.

Tangkal sering digunakan oleh penduduk Nigeria di mana orang ramai menggunakan khidmat dukun dan pawang  untuk mengatasi pelbagai masalah. 



Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rdizz 9-11-2023 05:54 PM
Sana pun kuat bomoh mcm org melayu rupanya.

Org tu konpiden kot peluru tak boleh tembus, tu yg sanggup test tembak, tgk2 peluru lobos, naya.
Quote salimrock 9-11-2023 06:21 PM
bomoh tu patut uji dulu pada haiwan, animal testing la dulu mcm saintis2 ubat, kosmetik

takut bomoh tu pernah kerja dgn body shop, no testing on animal...( so we using u as a human tester haha )

atau pengguna tu sendiri test dulu kt haiwan...kalo dia pasang tangkal tu kat babi atau ayam, cuba tembak babi atau ayam tu kebal ke tak... sebab itu la animal testing itu penting...
Quote Purplehaz 9-11-2023 07:01 PM
smlm tv3 ulang tyg kes kes Mona fandey ..adun bt talam...psl nak uji kebal juga tu..
Semoga kita dijauhkan perbuatan syirik.
Quote sayurmayur88 10-11-2023 07:36 AM
tgk nama arwah tu nama muslim.
pakai tangkal - syirik
mati sebb uji benda syirik lagi
benda2 mistik/sihir/alam sebalik mata ni tak ramai dah boleh buat betul la ni. seolah2 jin2/jembalang tu semua buat perbodoh diorang2 ni je
Quote apam 10-11-2023 08:15 AM
Edited by apam at 10-11-2023 08:17 AM

Jin pun tak bodo. Time tok bomoh testing kat diri sendiri menjadi kebalnya. Bila time testing kat client jin pedajal. Itu pasal agama ajar jin hantu bomoh ni cannot be trusted. Bukan tak percaya benda magic ni wujud. Tapi dorang suka sabo dan pedajal manusia eventually.
Quote supernaturalee 10-11-2023 10:30 AM
voodoo





Quote I.K.A888990 10-11-2023 12:40 PM
kelakar pulak bomoh ni
over yakin ya amat...
Quote cmf_almondpecan 10-11-2023 12:45 PM
Rdizz replied at 9-11-2023 05:54 PM
Sana pun kuat bomoh mcm org melayu rupanya.

Org tu konpiden kot peluru tak boleh tembus, tu yg sang ...

Amalan bomoh sana lagi pekat srbab dia pakai ahli sihir terus. Ada banyak kajian, laporan, dokumentari pasal isu ahli sihir kat sana. Sampai ramai kena aniaya bila dituduh ahli sihir. Kadang2 budak2 pun dituduh witch dan dibuang ahli keluarga sendiri. Ada yang kena bunuh dengan kejam.
Quote Atata 10-11-2023 12:52 PM
apam replied at 10-11-2023 08:15 AM
Jin pun tak bodo. Time tok bomoh testing kat diri sendiri menjadi kebalnya. Bila time testing kat cl ...

Betul        
Quote afie_m 10-11-2023 01:04 PM
yakin sangat ni ...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.033603 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top