CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Graduan Merajuk Dan Boikot Majlis Konvo Gara-Gara Ibu Bapa Tak Beli Baju Baharu

9-11-2023 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5233| Komen: 63

Seorang individu terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri konvokesyen atas faktor kewangan.

"Aku ni dah dekat nak konvokesyen, tapi hotel dengan baju semua pun tak ada lagi. Aku dah cuba bincang dengan ibu bapa tapi mereka buat tak tahu sahaja sebab kena pakai duit.


"Aku stres dan risau, patut ke aku tak datang je konvokesyen ni?" soalnya meminta pendapat di laman X.


Gambar Hiasan

Di ruangan komen, warga maya mempersoalkan peranan bakal graduan itu sebelum menjelang majlis konvokesyen.

Rata-rata tidak bersetuju dengan cara pemikirannya yang hanya menunggu duit daripada ibu bapa untuk menampung segala kos berkaitan.

"Daripada waktu belajar sampai ke konvokesyen, biasa ambil masa berbulan atau bertahun... tak kerja langsung ke dalam tempoh tu?

"Konvokesyen ni sebenarnya sangat bermakna untuk ibu bapa kita, sebagai anak, berusahalah seperti buat saving dan side job, jangan harapkan mereka semata-mata.


"Masa aku konvokesyen dulu, aku yang uruskan A-Z, parent aku tinggal datang je. Aku sendiri rasa bersalah kalau nampak abah aku kena drive jauh sampai sakit kaki, inikan pula nak demand macam-macam daripada dia.

"Baju konvokesyen tu tak perlu risau sangat la, pakai biasa-biasa je. Aku dulu konvokesyen ulang pakai baju sama je daripada diploma, degree dan master," kata sebahagian warga maya.

Tidak kurang juga ada warga maya yang berpendapat adalah lebih wajar untuk bakal graduan itu untuk tidak menghadiri majlis konvokesyennya.

"Nampak sangat awak ni jenis yang meminta, dah tahu parent ada masalah kewangan, buat la sesuatu untuk konvokesyen awak. Jangan tunggu je, bagus tak datang terus. -CARI

"Konvokesyen nak gah, entah-entah result pun biasa je," kata sebahagian warga maya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 9-11-2023 10:37 AM
Asben meols konvo p sendri nek moto ke perak nuh dr sg buloh.
Amik hafday sbb dh keja time tuh.
Sepanjang study parent penah mai skali ja tu pn sbb warded.
Dr daftar masuk sampai konvo asben meols hadir sendri.
Mmg org susah.
People back then were built different.
Quote Thunderclouds 9-11-2023 10:40 AM
Oh. And my brother lgsung x p konvo.
Dia malas nk mnyusah sbb kna sewa hotel bgai.
While parents meols agk cushy kehidupan depa
To each their own
Quote Sazreena 9-11-2023 10:50 AM
Ni mesti sejenis malu dgn mak bapak yg semekin or biase-biase. Dah tau parents kurang mampu, usahakanlah sesuatu. Ko keje basuh pinggan sehari pun koman-koman dapat RM50. Depending kat mana uni ko, pulun la buat keje yg let say ada monthly pay yg more than RM400. Lepas la nak buat duit sewa bilik hotel sehari ko buat duit minyak. Ni semua benda nak tunggu bersuap, memang gagal la jawabnyer.
Quote zehra2 9-11-2023 10:54 AM
nk tunggu konvo.. dia tk cari kerja ke?
konpem tanam anggur je lps ni..
tkde usaha.. asyik tenggek mak bapak
Quote Kitty_catz 9-11-2023 11:15 AM
ni la yg gamak yg species fresh grad mintak  keja basic mau rm4K , dtg ofc ootd bagai, kekejap kelebek tipon, tepat 6pm cabut, boss tegur, sentap esok tender

ulang2 kat kampeni baru
Quote rikiruj 9-11-2023 11:24 AM
bila konvo ni? kalau baru2 ni atau upcoming, confirm dah grad lama cuma convo delay pasal Covid.. ada yang dah grad setahun lebih cuma belum convo.. ramai yang dah kerja pun walaupun belum convo.. yelah ada yang dah kerja betul dan kerja temp.. tapi patut try la at least dapatkan duit untuk sendiri.. kalau ada lebih bawak parents.. kalau aku personally, as parent kalau mampu jadikan tanggungan convo tu as tanggungan symbolic akhir pada anak yg nak habis belajar...
Quote shida81 9-11-2023 11:30 AM
Thunderclouds replied at 9-11-2023 10:37 AM
Asben meols konvo p sendri nek moto ke perak nuh dr sg buloh.
Amik hafday sbb dh keja time tuh.
Sepa ...

Kannn.. Sedih mmg sedih mk bpk x de.. Ak x de gambo convo ngn parents ak pun.. Naseb ada bf ak ms tu amik gambo convo sama2.. Mujur jd laki klu x sia2 je
Bdk2 skang sedih je manjang... X de usaha langsung nk cr duit.. Padahal dia tau mk pk x de duit.. Ee ak smack jugak bdk ni
Quote emera 9-11-2023 11:36 AM
Mcm ini punye loser perangai pun grad jugak ek? Patut fail je.
Quote matamata 9-11-2023 12:24 PM
Harvest engagement kat twitter je tu....wartawan Cari pulak bangang tak bertepi
Quote azimodin 9-11-2023 12:32 PM
Bodohnya. Dari ko sit final exam sampai la hari grad, ada gap berapa bulan. X reti2 ke nak buat budget. Baju tu ko pakai kat dalam robe, x nampak sangat pon baju lama ke baru.
Quote mejaputih 9-11-2023 12:35 PM
mohon majikan ban budak mcm ni
Quote esbok 9-11-2023 12:47 PM
Dulu grad tak terpikir pasal baju special, sebab tahu nampak robe kat luar saja. Orang tepi yang pi suruh buat baju baru, memori grad katanya. Daku buat, tapi masih daku tak rasa apa. Bila berjubah baru rasa excited berlari larian dengan jubah.
Quote syamzana 9-11-2023 12:47 PM
alahaaii...ramai je p konvo guna duit sendiri dekk.
iols dulu konvo siap hotel+tiket flight makayah+makan iols support dah kerja lama kot time tu. kwn iols kerja biasa2 je lepas grad mai konvo sorg2 je, makayah x mampu nak dtg so apa mslhnya???
iols konvo master pun tak pegi, konvo phd je beria angkut anak+laki+mak (tu pun dok luar dlm kete) tade la iols beria nak baju baru ke apa, yg pntg i flaunt robe+bonnet. baju tu tak nampak aihhh
apa laa bdk2 zaman skrg ni tu pun jadi mslh.
Quote xy_daen 9-11-2023 12:50 PM
Ya Allah bengapnya budak2 sekarang jenis tiada common sense
Quote _kelly 9-11-2023 12:57 PM
lepas habis final sem tunggu nak convo kalau g jadi cashier kat kedai kopi pon boleh dapat 1.5k sebulan..nak taknak je
Quote Samerosie 9-11-2023 01:01 PM
Entah2 mak bapak kau yg boikot kau sebenarnya.
Quote Prickford 9-11-2023 01:06 PM
Iolls konvo dulu dpt sepasang kurung dari parents pon dah cukup. Pegi konvo bertiga dgn parents. Amik scroll, pastu tangkap2 gambar guna kamera sendiri, setel, balik. Janji aku grad gitewww...
Quote airmineral 9-11-2023 01:09 PM
Edited by airmineral at 9-11-2023 01:11 PM

aku nk join kecam
sbb dlm tempoh tu keje dia dok goyang kaki tgu org dtg pinang je ke
nak hotel bagai..puiii

aku dulu convo pakai blazer suar slack beli sdr kat H&M
kasut sneakers vans yg mmg pakai harian aku p kelas tu
tshirt belang2 color2
gitu je OOTD convo aku dikkk
mak bapa xdtg sbb kena naik flighttt


Quote akies 9-11-2023 01:12 PM
Ya Allah..iols dulu keje part time kumpul duit nak beli baju utk pakai masa konvo

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.081239 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top