Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan polis selepas didakwa sengaja merempuh teman lelakinya menggunakan kereta. Kejadian berlaku di Ouvidor, Goiás, Brazil, baru-baru ini.
Mdia Brazil melaporkan, remaja itu dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak puas hati apabila pasangannya memilih untuk keluar minum bersama-sama rakannya. Insiden kejadian itu turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) yang pada awalnya menunjukkan mangsa bersama rakannya sedang minum di kaki lima sebuah kedai. Kemudian kelihatan suspek memandu sebuah kereta dan merempuh mangsa. Selepas pelanggaran, remaja perempuan itu keluar kenderaan dan dilihat seperti memarah teman lelakinya yang dipercayai terperosok di depan kereta.
|
ADVERTISEMENT