Penduduk di Gaza terpaksa minum air masin dan daripada sumber tercemar gara-gara tiada pilihan lain. Kebanyakan mereka terpaksa beratur berjam-jam dengan harapan mendapatkan air yang boleh diminum.
Kekurangan air menjejaskan badan dengan mula-mula memberi kesan kepada buah pinggang, dan akhirnya jantung. Dehidrasi juga berlaku dengan cepat untuk kanak-kanak dan selalunya boleh membawa maut. Seseorang boleh mengalami pening kepala dan denyutan nadi laju kerana jantung perlu mengepam lebih cepat untuk mengekalkan oksigen. Air membentuk kira-kira 60 peratus daripada tubuh manusia. Dehidrasi boleh membunuh bayi dalam persekitaran yang tertekan dalam beberapa jam, dan orang dewasa yang sihat dalam dua hingga empat hari. Pada 4 November lalu, Israel memusnahkan takungan air di utara Gaza serta tangki air awam yang membekalkan beberapa kawasan kejiranan di selatan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa penggunaan antara 50 dan 100 liter air diperlukan seorang setiap hari. Bagaimanapun, ia telah meletakkan purata peruntukan harian di Gaza pada tiga liter sahaja untuk semua keperluan harian, termasuk minuman dan kebersihan. Sejak pengeboman di Semenanjung Gaza kira-kira sebulan lalu, angka kematian rakyat Palestin sejumlah 10,328 orang, termasuk 4,237 kanak-kanak. -CARI Sumber: mStar/ Al Jazeera
|
KamikuP replied at 9-11-2023 09:15 AM
mANA NGo yg dok laung laung Human Rights semua tu mana? Mcm cilakak sekor sekor.. moga masuk nerask ...
Beribear replied at 9-11-2023 05:03 PM
Masalahnya org² barat pon sokong palestin dah sekarang. Tengok march kat US tu. Macklemore dari awa ...
antikorok replied at 9-11-2023 10:28 PM
Semoga Allah s.w.t melindungi rakyat Palestin dan semoga mereka diberikan nikmat rezeki dan kesihata ...
ifanonline replied at 9-11-2023 10:41 AM
the world can do nothing about it, nak hantar bantuan pun kena bom dgn yahudi laknatullah
ADVERTISEMENT