CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Takut Nak Nyanyi Lagu Britney Spears, Kurang Faham Bahasa Inggeris

8-11-2023 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13172| Komen: 96

Siti Nordiana gementar untuk membawakan lagu hit berjudul Baby One More Time nyanyian asal oleh Britney Spears.

Bintang All Stars Gegar Vaganza ini kata perkara yang paling merisaukan dirinya adalah sebutan Bahasa Inggeris.


Foto: IG

“Saya memang terkejut dapat lagu Britney tapi bila tahu Tok Ram yang bagi jadi saya dah boleh agak, dia tahu kelemahan saya di situ.

“Sebab kadang-kadang bila dia cakap apa-apa saya tidak faham dan saya akan minta dia jelaskan balik dalam Bahasa Melayu.



“Bukan tidak faham semua tetapi adalah perkataan perkataan yang kurang saya fahami.

“Kerisauan saya adalah pada sebutan dan juga jiwa pada lagu tersebut. Jadi apa yang saya akan lakukan adalah saya kena dengar lagu itu banyak kali, cara sebutannya dan ikut,” kata kepada Gempak.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai persediaan untuk konsert minggu kelapan, Nana berkata dia sudah mendapat bayangan mengenai persembahannya.


“Untuk persediaan saya rasa sudah pasti memerlukan stamina yang kuat kerana lagu ini memerlukan keseronokan.

“Sebenarnya waktu persembahan lagu Temberang tempoh hari pun saya agak struggle dan untuk kali ini pula lagunya lebih nakal.



“Sejujurnya saya tidak pernah menyanyikan lagu ini untuk persembahan kecuali ketika karaoke sahaja. Insya-Allah saya akan cuba buatkan pentas itu jadi pentas yang menyeronokkan dan bawa kembali elemen 90-an,” ujarnya. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 8-11-2023 03:52 PM
Boleh la nana.. lain la lagu BS dengan Madonna tu Me Against The Music tu memang habis leman ko Nana... Gempa bumi sendayan...
Quote sleepandream 8-11-2023 04:39 PM
alaaa britney pon lip sync jahh...
Quote supernaturalee 8-11-2023 04:48 PM
attitude tu yg penting
cheeky2 sikit

nk tgk ko nari jgk


Quote Ahriman 8-11-2023 04:51 PM
Tk sabar.Its nana bi*tch.
Quote alesandra 8-11-2023 04:55 PM
Kau ni berckp mcm x pegi sekolah je nana.takkan ko x paham tok ram ckp english.simple english pon x paham ke? masa sekolah dulu ko buatpe?  lagu BS liriknya tu alahai.... ulang2 je
Quote rayna_raynes 8-11-2023 04:55 PM
satu je aku nak cakap. Costume dia dan Nikki paling letopan masa ASGV ni
Quote stingerbumpy 8-11-2023 05:09 PM
You are willing to spend 10's of thousands for your outfits ...sekadar few thousands to be proficient in English.....dgn mengambil modules of classes...ko rasakheun seolah membazir kheunz?

So sad....
Quote prince_marhaen 8-11-2023 05:27 PM
Oh baby, baby, how was I supposed to know
That something wasn't right here
Oh baby, baby, I shouldn't have let you go
And now you're out of sight, yeah
Show me how you want it to be
Tell me baby 'cause I need to know now, oh because
My loneliness is killing me (and I)
I must confess I still believe (still believe)
When I'm not with you I lose my mind
Give me a sign
Hit me baby one more time
Hit me baby one more time


Lirik ni je ulang 3x,  kalau GV maybe ulang 2x je... apa yang susah sangat Nana Sendayan oiii.. takde perlu slang, accent bagai Nana oii..
Quote miss_strangers 8-11-2023 05:30 PM
Jangan nanti si sapinaz nak buat Kelas English pronunciation pulak cm tahun lepas dia ajar sape ntah retis lelaki kat gv9. Mentang2 la nana leman, Pinaz pon mula amik kesempatan nk kenakan nana.
Quote Lula2 8-11-2023 05:39 PM
alesandra replied at 8-11-2023 04:55 PM
Kau ni berckp mcm x pegi sekolah je nana.takkan ko x paham tok ram ckp english.simple english pon x  ...

Ko pun cuba baca bagi habis
Quote Lavender_Violet 8-11-2023 05:42 PM
Haihhhhh......calon terkeluar minggu ini kah?????
Quote linb 8-11-2023 05:43 PM
Yukenduit Nana! Yang penting kena ada wamwamsam!
Quote shahirakay 8-11-2023 05:51 PM
Masa nana dapat lagu ni aku ketawa sebab membayangkan MV lagu ni dengan Nana yang mambawakannya. Lagu ni lagi parah dari lagu Ayda Jebat hari tu.

Ada yang dapat lagu dengan tajuk lagu kuda apa ntah kan. Hopefully kuda menari hari tu tak buat comeback. Pecah perut sis.
Quote woven11 8-11-2023 05:56 PM
Tak sabar nak tengok gv minggu ni.. confirm macam carnival.. lagu nana dapat, alif aziz, liza hanim, jaclyn dgn hady paling 360.. yang lain agak predictable
Quote Dodod 8-11-2023 06:32 PM
Nana ni sempoi betul..humble..jujur je cakapnya..
Quote alesandra 8-11-2023 06:38 PM
Lula2 replied at 8-11-2023 05:39 PM
Ko pun cuba baca bagi habis

Ko yg x baca betul kot.so apa perkataan yg x paham sgt tu? level tok ram yg dia pun  x belajar tinggi mana.bahasa pasar je kot.
Quote Incanto 8-11-2023 06:43 PM
takpe Nana…buat yg terbaik

aku rasa takde penyingkiran minggu ni sbb ni minggu lagu hauk
Quote BLoOmiNg_LeaF 8-11-2023 07:28 PM
Edited by BLoOmiNg_LeaF at 8-11-2023 07:48 PM

go2 CT Nana Spears..oh baby baby..hit me one more time...
kemon la CT Nana, xyah malu, ape nk dibangga sgt ckp omputih penjajah bagai ni..asal kau phm sikit2 pon jdlahh.. kau tgk org yendonn tu, kawen omputeh pon diorg pakse je ckp yendon 24jam..xde pon nk malu nebess bagai..
Quote zehra2 8-11-2023 07:35 PM
body tinggi lampai.. boleh je menari.. prektis laa byk2..

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039313 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top