CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tolong jangan buang masa bercinta dengan lelaki berwajah buruk’ - Zarina Anjoulie

25-10-2024 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36673| Komen: 69

 


Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menasihati wanita-wanita di luar sana agar tidak bercinta dengan lelaki berwajah buruk.

Menurut Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, lelaki berwajah buruk lebih cenderung untuk mengambil kesempatan terhadap wanita.


“Jangan buang masa untuk bercinta dengan lelaki yang taraf lebih rendah berbanding anda terutamanya yang berwajah buruk.

“Jangan kasihan sebab lelaki itu berwajah buruk atau tak ada kerja. Jangan! Terutamanya yang hodoh. Jangan buang masa sebab mereka akan gunakan anda untuk kepentingan diri sendiri.

“Kau ingat keluar dengan lelaki buruk mereka tidak akan mempermainkan kau? Lagi sakit jika dipermainkan dengan lelaki buruk.

“Aku keluar dengan kau atas dasar kasihan sebab kau buruk, kau gemuk, tetapi kau permainkan aku,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.


Tambah pelakon drama rantaian Anak Pontianak itu lagi, dia bercakap atas dasar pengalaman diri sendiri dan tidak mahu wanita di luar sana mengikut jejak langkahnya.

“Dengarlah cakap aku. Aku dah kena banyak kali. Jadi bercintalah lelaki yang sama level dengan anda,” tegasnya.

Zarina sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali. Bagaimanapun, kedua-dua perkahwinan tersebut bertemu titik noktah.

Dia kemudian bertunang dengan seorang duda yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzy, namun hubungan mereka turut terkandas di tengah jalan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 25-10-2024 07:42 PM
Mengata diri sendiri ke?
Quote L.U.S.M 25-10-2024 07:48 PM
Sekali tgk dh macam bandicoot dh muka si anju ni..
Quote Sazreena 25-10-2024 07:49 PM
Sumpah aku terganggu ngan idung bega dia...side profile ok...dr depan aku lak yg rasa x leh bernapas..
Quote kucim 25-10-2024 07:57 PM
Tak juga ada aje yang handsome tapi gemar mempermainkan perasaan wanita
Sebab apa
Sebab dia rasa handsome dia boleh touch n go
Quote AWEKSAMURAI 25-10-2024 08:02 PM
Mcm ko lah dari zaman buat video bogel zaman ank pontianak sume lelaki hauk muka tgok pun geli hahaa
Quote hokeypokey 25-10-2024 08:05 PM
papa kau sblm ni pun buruk, muka tua..
Quote brainbiru 25-10-2024 08:06 PM
Hari tu dia kata.. dia cuma nal laki yg berduiiit utk beli brg jaya grocer jer . Itu dah cukup. Katanya.

Tp lelaki yg beli brg2 dapur ni, nak ke pmpuan yg pakai baju x pakai seluar, bertatoo, buat hidung merayap kat bandar?

Lelaki nak hang utk main2 je
Quote Samerosie 25-10-2024 08:10 PM
Eh eh.. Eh eh...
Quote Belibis 25-10-2024 08:10 PM
hokeypokey: papa kau sblm ni pun buruk, mu ...

Papa tu buruk dimata netijen jer..kat mata dia macam aron kwok.
Quote slyfynx 25-10-2024 09:56 PM
So, ikan talapia oi, ko cantek ke?
Body gelebeh, muke huduh, nafas sure busuk
Quote emera 25-10-2024 10:05 PM
Ko mengata jantan pendek tu ke?
Quote TomyamPuteh 26-10-2024 05:32 AM
Tapi lelaki muka helok ramai yg tak minat pompuan. Muka buruk jugak lelaki sejati.
Quote cm_vungtau 26-10-2024 06:45 AM
Macam kawan aku. Mula2 bf dia hensem, pastu couple lama pastu break. Pastu dia couple dengan laki tak hensem, pastu lelaki tu cheating. Terus dia amuk sebab mula2 dia ingat lelaki tak hensem akan sayang dia. Padahal lagi hauk
Quote j3m4h 26-10-2024 07:16 AM
Heshe ni xabis2 pasal jejans…at the end kne dump walau dah pasang badan meyeksi..attitude prob minah ni..kaki sut khenz…track record heshe pon sume laki hauk…
Quote noor2 26-10-2024 07:44 AM
...ya ampunnm..bila dah benci dah dapat yg baru
Quote starcity 26-10-2024 09:19 AM
Dia still kapel lg ke dgn Dato muka miang tu
Quote Piramida 26-10-2024 09:19 AM
Betullah tu... . Tapinya buruk ni subjektif.
Mungkin buruk kat mata ko tak buruk kat mata org. Janji org tu mampu hadap muka tu.
Quote mrsLucky 26-10-2024 09:24 AM
Edited by mrsLucky at 26-10-2024 10:09 AM

Hidung you skg terlalu tinggi dan look unnatural Anju...

btw perangai baik buruk bukan ikut rupa ya...
Quote AWEKSAMURAI 26-10-2024 09:26 AM
Belibis replied at 25-10-2024 08:10 PM
Papa tu buruk dimata netijen jer..kat mata dia macam aron kwok.

Perghhh aaron kwok mamat ni jd kegilaan aku masa form 1 ...andy law aku x minat sgt. Dorang ni sume dh tua bangka tp sampai skrg hensem namatey

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.128494 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top