CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Dengar Bisikan Suruh Terjun Dari Balkoni Kondo, Rodok Diri Sendiri

8-11-2023 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10283| Komen: 118

Khai Bahar pernah berdepan serangan 'anxiety' sehingga mendengar bisikan untuk mencederakan diri sendiri.

Khai, 29, mengambil pendekatan mengajak adik-beradiknya untuk tinggal bersama di ibu kota sebagai salah satu langkah menangani 'anxiety' yang dialami itu.


Foto: IG

"Pernah satu ketika, saya menyimpan pisau di dalam almari kerana tidak mahu mencederakan diri sendiri kerana mendengar pelbagai bisikan. Malah, saya juga mendengar suara yang menyarankan saya untuk terjun balkoni di kondominium yang didiami.

"Oleh itu, saya mengambil langkah mengajak adik-beradik bersama pasangan mereka untuk tinggal bersama saya. Pelbagai ikhtiar yang saya lakukan untuk mengelak diri melakukan perkara yang tidak diingini. 



"Malah, saya juga mengambil tempoh yang lama untuk keluar melihat dunia kerana hanya ingin duduk terperuk di rumah saja. Keluar pun atas urusan kerja, jika tiada perkara yang penting memang saya hanya duduk di rumah.

"Ada juga masanya saya rasa seperti sesak nafas pada tengah malam dan terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Untuk menyedapkan hati, saya juga menjalani 'medical check up' dan hasilnya saya sihat walafiat," katanya pada program One On One.



Menurutnya serangan 'anxiety' mula dialami sejak timbul rasa bimbang akan persepsi umum mengenai pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. 

Dalam masa sama, Khai bersyukur akhirnya berjaya menangani 'anxiety' yang dialami dan berkongsi perkara itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit mental itu.



"Kita tahu apa yang terbaik untuk tubuh kita, jadi kita tahu apa yang harus dilakukan dan dielakkan daripada terkena serangan kebimbangan melampau ini. Jadi saya melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan serangan ini tidak lagi menyerang diri saya.

"Kepada semua pesakit mental yang melalui fasa yang sukar, percaya semua ini ada hikmah disebaliknya. Segera dapatkan bantuan pakar psikiatri dan jangan malu kerana penyakit berkaitan kesihatan mental," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 8-11-2023 01:38 PM
ye terjunlah dikau ye.. dengar suara itu
Quote MatDeghem 8-11-2023 02:04 PM
Bisikan suara halus.....

Quote selipar_hijau 8-11-2023 02:05 PM
Ye ke dik khaiiii
Quote sayurmayur88 8-11-2023 02:13 PM
jangan d layan, jin/setan/iblis tuh ....
btw, heolls herlok sgt
Quote OsHiN_hOnEy 8-11-2023 02:15 PM
jadi gayah pun daripada dgr bisikan ker?
Quote Nnasda53 8-11-2023 02:16 PM
Ya ampun komen2 acik2 porum nihhh..kejam sungguh
Quote beta_carotene 8-11-2023 02:19 PM
dirodok tu xde siapa suruh khenn
Quote TomyamPuteh 8-11-2023 02:31 PM
Ingatkan dh terjun.
Quote nolya 8-11-2023 07:12 PM
Manusia tak sempurna dn tak akan sempurna.  Namun manusia boleh berusaha ke arah kebaikan serta mengurangai keburukan.  Jauhkan diri drp tergelincir dgn perkara2 yg negatif yg boleh menjadi fitnah ramai serta mengaibkan.  Hal begitulah, bila dituduh bertubi2 di medsos boleh menjadi punca kpd sakit mental. Percayalah, banyakkan mengaji AQ, rajin baca surah Yassin, maka fikiran tidak akan terarah kpd hal2 negatif.  Itulah sebenarnya obat penenang jiwa dan perisainya.
And also mungkin Khai harus mencari seorang Hawa pendamping diri dn suri hati.
Quote cicicumel 8-11-2023 07:17 PM
Bgs heshe ajak adik bradik duk sekali.. Kurang la pengaruh jahat nk ajak sape2 ons
Quote Imkhai 8-11-2023 07:47 PM
Dgr dia masuk hospital kes apa tak tahu ada tgk kt vtt
Quote sharlenetexas 8-11-2023 08:02 PM
Bahaya dah sangat tu dengar bisikan.


Quote Ahriman 8-11-2023 08:08 PM
Rodok di mana tu.atas atau bawah?
Quote kalchi 8-11-2023 08:10 PM
Takde kaitan dgn artikel ni. Heshe ni tak minat pompuan eh. Aura sesuatu dia tu kuat wlpn muka bole tahan
Quote riyadhK 8-11-2023 08:44 PM
Edited by riyadhK at 8-11-2023 09:48 PM

Rodok dengan pisau ke dild@ dikkk?

Quote dua_chzy 8-11-2023 08:47 PM
Tu bukan anxiety dah. Tu psikosis dah.
Quote dua_chzy 8-11-2023 08:48 PM
Sok2 ditakdirkan Khai Bahar ni mati, sana la korang post insof al fatihah kulu kilir.

Perangai Yisroel sekor2 komen tak pernahnya nak herlok.
Quote ajebiasa 8-11-2023 08:53 PM
sape la yg berani nak tido sebilik dgn beliau ni ?  patung berlambak - lambak dlm bilik.

ntah ntah patung - patung tu yg berbisik- bisik ?


persepsi umum sebagai buaya darat ke?  Bukan sendiri yg mengundang disokong oleh fanataiks ke ?

kalau ikut je kata orang bkn kata Tuhan, boleh jadi mental

Quote Manusiabesa 8-11-2023 09:11 PM
cicicumel replied at 8-11-2023 07:17 PM
Bgs heshe ajak adik bradik duk sekali.. Kurang la pengaruh jahat nk ajak sape2 ons

Gitttohhhh...

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.096850 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top