CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki-Lelaki Kelantan Bergaduh Di Pasar Siti Khadijah, Makcik-Makcik Apron Join Nak Leraikan

8-11-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3212| Komen: 25

Beberapa lelaki di Kota Bharu, Kelantan bergaduh di kawasan premis perniagaan, berdekatan Pasar Siti Khadijah.

"Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Palestin sedang berperang bermandikan darah, kita di sini berembas (bergaduh). Kes apa tak pasti," tulis individu yang berkongsi video kejadian di Facebook.


Menerusi rakaman berdurasi lebih seminit itu, dua pergaduhan berasingan dilihat berlaku serentak di hadapan deretan kedai makan.


Foto: mStar

Pada masa sama, sekumpulan orang awam dan peniaga dilihat cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

Malah, beberapa wanita yang memakai apron, dipercayai peniaga kedai makan turut bergelut untuk meleraikan pergaduhan itu.

Selain Facebook, video berkenaan turut dikongsi di laman X dan TikTok.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan kumpulan pemuda berkenaan yang tergamak bergaduh di kawasan terbuka.


Paling mencuri tumpuan adalah komen kemarahan netizen yang bengang dengan kualiti rakaman video yang dibuat oleh saksi kejadian itu.

"Patutnya pukul yang tukang rakam ni sekali. Dah macam Yahudi mabuk pegang kamera terhuyung-hayang sana sini.

"Ni kalau rekod pakai selipar pun lagi better dari cameraman ni.

"Yang record pun. Guna penyapu lidi ke?

"Cameraman kena parkinson ke? Goyang semacam je. Fokus la betul-betul," tulis netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtravaganza 8-11-2023 02:56 PM
Komen netizen xpernah x menceriakan..

[em:4:][em:4:][em:4:]

Quote edayildiz 8-11-2023 03:01 PM
lama x p sana..dlu p sana pun nk beli dodol ngn serunding dgg nk bwk balik kL..pastu kuih crocodile..lupa nama..bdk ofis suka sgt..manissss kot
Quote tripleid 8-11-2023 04:02 PM
ummah budu kalu tak gocoh mmg tak sah
Quote tungkai 8-11-2023 04:09 PM
Aku benci berita2 camni. Info tak lengkap. Just fokus kat event & komen netizen. Sama aje kes menjual tapi kena PM. Worst just letak gambar & video without caption.
Quote kepompong 8-11-2023 04:29 PM
Edited by kepompong at 8-11-2023 04:39 PM
edayildiz replied at 8-11-2023 03:01 PM
lama x p sana..dlu p sana pun nk beli dodol ngn serunding dgg nk bwk balik kL..pastu kuih crocodile. ...


gelembung buaya
Quote edayildiz 8-11-2023 04:31 PM
kepompong replied at 8-11-2023 04:29 PM
kubang buaya

nama kueh tu ke? ye la kot gamaknya
kueh tu ijo campur oren
Quote kepompong 8-11-2023 04:39 PM
edayildiz replied at 8-11-2023 04:31 PM
nama kueh tu ke? ye la kot gamaknya
kueh tu ijo campur oren

sorry baru lepas google nama dia gelembung buaya ... i tahu nama je tapi tak pernah tahu rupa camne. kalau ijo campur oren dah macam kaler swm (nama kampeni angkat sampah kat sini - south waste management) (mmg warna uniform dorang ijo terang & oren terang, dari jauh dah nampak)

duluuuu dulu dah lama i pernah cuba buat kandi kelapa, sejenis gula2 dibuat dari kelapa, susu & gula,  tapi i tak letak pewarna ...pastu padat2 kat loyang, potong rectangle kecik2 pastu balut  macam gula2...  hb tanya buat tu, nak buat gelembung  buaya ke. i tny apa tu. dia kata sejenis kuih.. itu la pertama kali  mendengar perkataan gelembung buaya ialah sejenis kuih
Quote KamikuP 8-11-2023 05:26 PM
gedebe abe gedebe
Quote bottombikini 8-11-2023 05:29 PM
geng2 pokya ke ni
Quote sharlenetexas 8-11-2023 05:31 PM
Edited by sharlenetexas at 8-11-2023 05:32 PM

Ni bukan kat dalam pasar tu. Ni kat gerai warung jual mi celup sebelah pasar. Ada banyak gerai warung sederet kat jalan tu. Sebelah tu bazar buluh kubu. Kira warung ni kat tengah2.

Quote sharlenetexas 8-11-2023 05:31 PM
kepompong replied at 8-11-2023 04:29 PM
gelembung buaya

Manis giler. Arwah makcik iols buat sendiri gelembung buaya.

Quote Kitty_catz 8-11-2023 06:12 PM
bila sek sek kitto jangge pecoh gochaaaakk

ehh gocohhh
Quote kemaruk 8-11-2023 06:13 PM
Ingatkan di malaysia
Quote pokokmeranti 8-11-2023 06:16 PM
Tak cukup tarbiah....kn pergi usrah selalu supaya x berlaku lagi
Quote edayildiz 8-11-2023 06:57 PM
kepompong replied at 8-11-2023 04:39 PM
sorry baru lepas google nama dia gelembung buaya ... i tahu nama je tapi tak pernah tahu rupa camn ...

haha betul gelembung buaya..i pun gugel..nnti cuba u try sis kueh tu..tp manis la rasanya kalau xsilap..i xsuka
Quote TomyamPuteh 8-11-2023 06:59 PM
Sek sek take a shower naked.
Quote krustykrab 8-11-2023 07:00 PM
Aiyooo...korg boikot mekdi kepci tu lps tu korg marah kata diorg tak percaya dgn rezeki tuhan, ni korg gaduh² mcm ni korg pun dah lupa dgn rezeki tuhan ka??
Quote antikorok 8-11-2023 07:04 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CzXt2ePoloO/[/ig]

Cameraman berpuseng2 be like:



Quote batmana 8-11-2023 07:45 PM
Lain kali gaduh setup kamera betul2 dulu la

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041288 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top