JAKARTA – Sebuah kereta yang dipamerkan dalam pusat beli-belah merempuh dua pengunjung sebelum merosakkan eskalator dalam bangunan tersebut. Okezone melaporkan kejadian berlaku di Semarang, wilayah Jawa Tengah.
Insiden berpunca apabila seorang jurujual sedang menunjukkan demonstrasi kepada pelanggan mengenai kenderaan tersebut. Jurujual berkenaan dikatakan menghidupkan enjin kereta, namun tidak menyedari ia berada dalam gear bergerak. Akibatnya, kereta itu bergerak sejauh 10 meter dari tempat pameran sebelum merempuh dua pengunjung pusat beli-belah. Ketua Polis Semerang Tengah, Indra Romantika berkata, dua pengunjung dirempuh sebelum eskalator turut dilanggar. “Ketika polis menyoal jurujual tersebut, dia mengaku tidak pandai memandu,” kata Indra. Kes itu diklasifikasikan sebagai kecuaian, manakala pengunjung yang dirempuh tidak mengalami kecederaan serius. – CARI
Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT