BANGKOK – Seorang pelakon Thailand mahu menyaman tukang gunting rambut sebuah salun di Bangkok kerana memotong sebahagian telinga kanannya. Thaiger melaporkan, Natthapong ‘Oatmeal’ Kanthathan, 26, pergi ke salun rambut tersebut bersama beberapa rakannya pada 28 September lalu.
Dia mendakwa bahawa tukang gunting rambut berkenaan kelihatan mengantuk dan tidak memberi tumpuan kepada pekerjaannya. Tambah Oatmeal, dia juga melihat tukang gunting rambut tersebut menutup mata ketika menggunting rambutnya sehingga membuatkan aktor berkenaan terpaksa mengejutkan lelaki itu. Namun, meskipun beberapa kali cuba memastikan tukang gunting rambut tersebut kekal terjaga, sebahagian telinga Oatmeal digunting, menyebabkan dia menerima tujuh jahitan selepas dibawa ke hospital. Oatmeal berkata, tukang gunting itu membayar kos rawatan sebanyak 15,375 baht (RM2,020) tetapi tidak menawarkan pampasan.
Lelaki itu juga memberinya 1,500 baht (RM197.16) untuk insurans kesihatan, namun enggan memberikan sebarang pampasan lain atas kerugian dialaminya. Akinbat insiden itu, Oatmeal berkata, dia telah kehilangan banyak pendapatan dan peluang kerjaya. Dia kini sedang berunding dengan seorang peguam dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tukang gunting dan pemilik salun berkenaan. – CARI Sumbe: Kosmo
|
ADVERTISEMENT