Seorang bidan, Monique bertindak pantas dengan membantu wanita hamil melahirkan anak di sebuah kawasan bukit curam. Kejadian luar biasa itu dipercayai berlaku di Kampung Batu Ampar, Daerah Guluk-Guluk, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini.
Berdasarkan rakaman, penduduk kampung dilihat berusaha untuk membawa ibu mengandung yang sarat itu ke pusat kesihatan Bagaimanapun, dalam perjalanan, wanita itu tiba-tiba sakit hingga menyebabkan dia terpaksa bersalin di situ. Bidan Monique kemudian tampil membantu wanita berkenaan hingga anaknya dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan selamat. Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Kesihatan daerah Sumenep, Agustiono Sulasno berkata, pihaknya amat bangga dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh bidan Monique.
|
ADVERTISEMENT