CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nourul Depp Tawar Diri Jadi Jurulatih, Pakar Motivasi PLKN

7-11-2023 10:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5499| Komen: 68

Menyambut baik inisiatif kerajaan mewujudkan semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), penyanyi yang juga pakar motivasi, Nourul Depp, 46, terbuka untuk menjadi jurulatih program berkenaan sekiranya diberi peluang.


Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab berkata, andai khidmatnya diperlukan kerajaan, dia mengibaratkan peluang itu seperti kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.


“’Why not?’ (mengapa tidak?). Itu boleh jadi sebahagian daripada tujuan saya juga. Tiada masalah.

“Bagi saya, apa jua perkara yang kita lakukan, kita perlu ada motivasi. Untuk tujuan kebaikan, apa salahnya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika sesi bersama media secara virtual, semalam.

Positif dengan pelaksanaan semula PLKN, pelantun lagu Kerana Terluka itu berkata, untuk memantapkan rohani, mental dan fizikal generasi muda sekarang memerlukan suntikan motivasi yang kuat daripada pihak berkredibiliti.


“Untuk menjadi pelindung negara dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab, bagi saya benda ini (PLKN) langkah yang bagus.

“Saya percaya dengan PLKN, ilmu tentang pertahanan diri, juga menjadi pelindung negara dan semua itu, akan diraih daripada program itu.

“Generasi baharu sekarang memang selalu habiskan dalam media sosial. Sosial media ini ‘release’ kita punya dopamine. Hormon tersebut buat kita gembira. 


"Bagus adanya PLKN sebab akan buka satu lagi ‘jambatan’ dalam otak bahawa banyak benda yang kita boleh buat secara fizikal dan di luar gelanggang media sosial,” ujar isteri kepada Eric Daniel Depp itu.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 7-11-2023 10:47 PM
Nanti ko recruit dak2 PLKN ni jadi agen HerbaDie khennn.
Quote missyL 7-11-2023 10:50 PM
Baik ko motivasi kn diri sendiri dulu. Ngn ank pon gadoh
Quote belilies 7-11-2023 10:51 PM
Anak sendiri pun ko tak pandai jaga silaturahim. Ada hati nak jadi jurulatih plkn
Quote sharlenetexas 7-11-2023 10:51 PM
Nak jual herba?

Quote EncikRhoma 7-11-2023 10:52 PM
Duduk je la kat Bali sana senyap2 dengan patung hindu kat sana. Tak payah balik malaysia pun takpe
Quote jihah_kudat 7-11-2023 11:15 PM
Cleocatra replied at 7-11-2023 03:13 PM
Eeuuwww… apa kredibiliti sheol…
Nanti budak2 plkn tak nak dengar cakap sheol
Bertalu2 pulak sheiol ...

ahhahaha aku bayangkan bende yang sama
mau ada pelatih yang degil tak nak kawad terus dia merentan pasal darjat seorang guru sama dengan ibu..
.
Quote azimodin 7-11-2023 11:20 PM
Emosi sendiri pon x reti manage, macam mana nak inspire anak2 muda. Lagipon apa je pencapaian dia ni selain dari ex-wife bapak ayu?
Quote rain2169 7-11-2023 11:24 PM
EncikRhoma replied at 8-11-2023 12:22 AM
Duduk je la kat Bali sana senyap2 dengan patung hindu kat sana. Tak payah balik malaysia pun takpe


Quote sayawifenikmie 7-11-2023 11:26 PM
missyL replied at 7-11-2023 10:50 PM
Baik ko motivasi kn diri sendiri dulu. Ngn ank pon gadoh

... i was abt tuis y sama
Quote Diplomat 7-11-2023 11:28 PM
missyL replied at 7-11-2023 10:50 PM
Baik ko motivasi kn diri sendiri dulu. Ngn ank pon gadoh

Sebab tu la dia tawarkan diri. Dapat balik MY and jadi mak kepada anaknya.
Quote krustykrab 7-11-2023 11:30 PM
Pls la aci....ko nak jadi recruit ahli herbalife kan
Quote redliner 7-11-2023 11:36 PM
sejak bila jadi pakar motivasi...
handle budak2 gen z ni lain maciam sikit, kang belom ape2 merentan dalam igs.
Quote she 7-11-2023 11:40 PM
Gaduh dengan anak sendiri pun
Beria canang burukkan anak satu donia

Kari much
Quote slyfynx 7-11-2023 11:47 PM
Xde duit la tu.
Pe kululusan ko?
Adekah nk rekrut downline?
Quote MarryPottet 8-11-2023 12:30 AM
Eh..eh ..eh ..
Tiber pulak aci ni jadi pakar motivasi
Aci ada kelayakan & kelulusan dlm bidang berkenaan ke?
Kalau takde sila muhasabah & muhasarawak diri
Kat msia ni berlambak lagi pakar motivasi yg berkelayakkan yg boleh dilantik
Quote Dolmat 8-11-2023 12:46 AM
Ya lahhhh tuuuuu sambil tawar diri sambil recruit MLM product laki ko.. KO laki bini minum product tengok hasil tak semenggah!

Kepamsssssss jugakkk
Quote purplelilac 8-11-2023 05:24 AM
Ahh x payah!kau belajar dulu settle kan hal kau dgn anak. Nak motivate org konon. Takut tgk kau cite kat public pasai anak tu. Dasar darah aci2.
Quote Belibis 8-11-2023 06:42 AM
Isi borang on9..interview la bila dah buka jawatan kosong..ko citer panjang2 tak guna jugak.
Quote wirazam 8-11-2023 06:53 AM
missyL replied at 7-11-2023 10:50 PM
Baik ko motivasi kn diri sendiri dulu. Ngn ank pon gadoh

Setujuuuuuu sgt...

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.060044 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top