Pelakon, Shaheizy Sam mengakui filem Adnan Semp-It memberi impak besar kepada penerimaan penonton terhadap mutu lakonannya. Menerusi temu bual bersama pelakon Amelia Henderson, Sam mendedahkan pernah melalui fasa sukar sebagai seorang aktor apabila dia hampir dilabel pelakon komedi selepas fenomena Adnan Semp-It.
"Impak Adnan Semp-It itu sampai saya buat cerita serius pun orang ketawa. Bermula dari situ saya sedar yang saya tak boleh buat cerita komedi lagi," katanya. Menurut pelakon berusia 41 tahun ini, dia tidak mahu dirinya terus dibayangi sebagai pelakon komedi seperti aktor antarabangsa, Jim Carrey. "Saya tak boleh, kalau tidak sampai mati orang lain akan ingat aku ini Jim Carrey. Jim Carrey adalah pelakon yang sangat baik kerana orang dah kenal dia. "Jim sebagai pelakon komedi, buatlah serius macam mana pun orang tak boleh terima," jelasnya.
Justeru itu, Sam mahu mencuba pelbagai watak dan mengambil naskah-naskah filem dengan karakter yang berbeza. "Jadi, perlahan-perlahan saya ambil tawaran filem-filem serius. Saya nak bagi orang ‘jangan ingat aku pelawak’. "Alhamdulillah, benda itu jadi," katanya. Sumber: Oh Bulan
|
ADVERTISEMENT