Fyna Jebat menari perhatian ramai yang tertumpu kepada bentuk huruf loket tertera di rantai miliknya. Fyna memakai rantai emas dan loket (pendant) huruf abjad Z. Berdasarkan video temu bual bersama XTRA baru-baru ini, ramai mendakwa huruf abjad Z itu adalah bekas suaminya, jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan.
Bukan itu sahaja, netizen juga menganggap Fyna masih belum ‘move on’ apabila memakai rantai huruf abjad Z itu. Jengah di Instagram Fyna, adik kepada penyanyi Ayda Jebat ini dilihat sudah lama memakai rantai tersebut, namun memilih untuk mengkaburkan bahagian huruf abjad di rantainya itu. Bagaimanapun, sehingga kini tiada respons daripada pihak Fyna berhubung dakwaan tersebut.
|
ADVERTISEMENT