CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Nafi Suami Pukul, Lempar Anak, Dalam Proses Nak Saman Penyebar Video

7-11-2023 12:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2591| Komen: 10

Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan seorang lelaki didakwa melakukan penderaan dengan memukul dan melempar anaknya.


Bagaimanapun, isteri kepada lelaki tersebut tampil menafikan suaminya melakukan tindakan berkenaan.



Shahreen Fazlin Yahya, 27, berkata, maklumat disebarkan di sosial media mengenai kejadian berkenaan adalah tidak tepat dan disebarkan pihak yang tidak mengetahui mengenai perkara sebenar.


Menjelaskan kejadian tersebut, dia mendakwa, suaminya langsung tidak mempunyai niat untuk mendera atau memukul anaknya seperti yang cuba digambarkan dalam hantaran video terbabit.


Sebaliknya, wanita itu berkata, pada waktu kejadian, suaminya hanya turun dari kereta untuk membawa pulang anak lelakinya yang berkeras untuk tidur di rumah datuknya.


"Sebelum rakaman video itu terjadi, saya dengan adik ada pergaduhan sedikit. Itu punca yang jadi bising. Kemudian pada waktu itu juga saya dan keluarga nak balik.


"Cumanya, lepas itu anak saya yang sulung dia menangis sebab nak duduk rumah datuk dia. Jadi saya suruh suami ambil, tapi waktu tu masa dekat luar itu licin baru lepas hujan.


"Masa suami saya nak angkat anak saya tu, dia nak terjatuh. Sebab itu nampak macam terlempar anak saya sampai terjatuh," katanya.


Menurut Shahreen, ketika insiden, dia datang ke rumah berkenaan untuk mengambil dua orang anaknya yang sebelum itu tinggal bersama ibu bapanya pada petang hari tersebut.


Wanita itu turut menafikan bahawa suaminya pernah membuat tindakan memukul dan mendera anaknya.


"Suami saya tak pernah pukul anak-anak. Jentik pun tak pernah," ujarnya.


Pada Jumaat, polis dilaporkan menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai memukul anaknya seperti yang tular dalam satu video di TikTok pada Khamis bagi membantu siasatan.



Dalam satu kenyataan, pihak polis berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.


Pada masa sama, Shahreen mendakwa bahawa suaminya sudah dilepaskan tanpa syarat oleh pihak polis pada Ahad.


Wanita itu turut berkata, pihaknya sedang dalam proses untuk memulakan saman terhadap pihak yang merakam dan menyebarkan video tular berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azizul Mohd Khairi ketika dihubungi Majoriti menyatakan masih belum boleh memberikan kenyataan berhubung insiden berkenaan.



Sumber: Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss_LoveLeen 7-11-2023 01:35 PM
Dah kenapa isi berita lain, video tempek tu lain. Potong betul [em:7:]
Quote kelip2_07 7-11-2023 01:36 PM
beriye aku klik video
Quote _blackbird 7-11-2023 03:44 PM
kami nak video kualiti minima HD anak yg kena lempar tu bukan video kabur2 kedai emas kena samun
Quote B40tastePosh 7-11-2023 08:54 PM
Video tu cerita lain...penat je tekan
Quote kaedahnya 8-11-2023 01:34 AM
mak mendera jugak ke kelam kabut coverline pelbagai?
Quote green~tea 8-11-2023 01:45 AM
Ya Allah.. selematkan lah anak kecil tu.... ya Allah
Quote annehuda 8-11-2023 02:56 AM
Ko dh kenapa kak nak protect sangat laki ko tu. Biarlah laki so sendiri defend diri sendiri. Sesuatu sgt. Ntah2 tu bapak tiri je kot dan ko tu spesies mak yg nak kena berlaki jugak, anak kena dera pun ko sanggup asalkan dpt batang 2b laki ko
Quote sukacactus 8-11-2023 06:39 AM
Apa ni?
Kami nak video sbnr utk tujuan kajian
Cemana nak komen, dah bukti pun takde
Quote ashilalat 8-11-2023 06:46 AM
Mana bideonyaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.087515 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top