Johor Bahru : Seorang pesakit orang kurang upaya (OKU) mental maut, selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah hospital kerajaan di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu pada 5.20 petang.
Katanya, pesakit sebelum itu dimasukkan ke hospital berkenaan, kelmarin, bagi pembedahan kaki. "Pesakit lelaki tempatan berusia 22 tahun dimasukkan ke hospital kerana perlu menjalani pembedahan kaki yang dijadualkan esok. "Bagaimanapun pembedahan itu dibatalkan kerana pesakit mengalami masalah pernafasan. Pesakit dibenarkan keluar hospital pada kelmarin. "Siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sumber: Harian Metro
|
mamajawie replied at 7-11-2023 12:20 PM
i ada video masa dia terjun lebih kurang 2 saat & masa orang ramai kerumun dekat taman herba hsi..sa ...
ina_na replied at 7-11-2023 06:00 PM
Kalo mental problem x leh Komen pe la..sbb mmg x berpisah gan perasaan nk bunuh diri..rs mcm bunuh d ...
ADVERTISEMENT