CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hadir Persidangan APEC Bukan Bermaksud Pro- Israel, Perlu Jaga Hubungan Diplomatik - PM

7-11-2023 10:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2288| Komen: 12

Putrajaya: Demi menjaga hubungan diplomatik dan keamanan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk menghadiri Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS).


Bagaimanapun,  pendirian negara tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan dan menyokong Palestin.



Menurut beliau, persidangan yang akan berlangsung pada 11 hingga 17 November ini akan turut dihadiri semua negara Asia dan negara-negara APEC atas undangan Presiden AS, Joe Biden.


“Saya memutuskan untuk hadir persidangan APEC yang dihadiri semua negara-negara Asia atas undangan Presiden Joe Biden ke San Francisco. Tentunya keputusan ini mungkin tidak menyenangkan sebahagian pihak.


“Jangan hukum saya pro-Israel kerana hadir APEC kerana saya sebagai Perdana Menteri, saya juga kena jaga kepentingan negara ini, tentang keselamatan, ekonomi dan kesenangan dan tentunya tidak berganjak dalam pendirian ini (menyokong Palestin),” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.


Semalam, Anwar memaklumkan akan memuktamadkan keputusan kerajaan sama ada akan menyertai APEC 2023 ke­rana ketika ini Malaysia sedang berkoordinasi dengan beberapa negara lain yang turut sama terlibat menyertai forum itu.


Menjelaskan perkara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah berbincang dan melihat pendirian negara lain dan setakat ini semua negara Asia dan negara-negara APEC menyatakan akan hadir.


“Jadi apakah kita kerana tidak setuju dengan pendirian AS dalam isu ini kita tak hadir?


“Tetapi bagi saya kita juga kena jaga hubungan diplomatik dan keamanan walaupun tak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong Palestin,” katanya. 



Sumber: Kosmo! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 7-11-2023 10:38 AM
ni first time perverted tua lahanat ni nk p apec since jd pm. takkan laa nk boikot nk tunjuk la visibility kt negara luaq tu walaupun rubbish
Quote asamfish 7-11-2023 10:52 AM
Great move!  Rakyat dan ekonomi Malaysia mesti diutamakan!
Quote Abahmung 7-11-2023 12:22 PM
israel bukan angota Apec..
Quote creep_bite 7-11-2023 12:26 PM
Setuju dgn Bung Nuwar...elok pg...nnt masa berucap jemput pelabur dtg Msia.
Quote nusaraya 7-11-2023 12:50 PM
Edited by nusaraya at 7-11-2023 12:51 PM

Selaku Imam Mahdi yang mewakili 1.5 billion umat islam dunia .....memang sudah selayaknya PMX Anwar Ibrahim hadir bukan saja di sidang kemuncak APEC .. tetapi juga di G-20, BRICS, PBB, OIC , OECD, G-7, OPEC  ....etc etc
Quote kelapaparut 7-11-2023 12:52 PM
sembang curry yella yella
Quote Firenzza 7-11-2023 03:29 PM
Knp nuart jd paranoia?  Lg 1 siapa yg larang dia pg apex? Yg dia perlu jelaskan knp pkr join LI yg ada isroel bkn delete logo parti, klau ada kebaikan pd negara kena la jelaskan bkn nafikan
Quote Decaffeinated 7-11-2023 03:41 PM
Sepatutnya tak perlu nak justify pun kepentingan negara jauh lebih penting dari nak puaskan hati pemboikot. Cuma masalahnya, kat malaya ni orang bodoh masih ramai and their votes are worth as much as orang pandai so kena jugalah bangnon risau
Quote pokokmeranti 7-11-2023 03:44 PM
mana 'fatwa' dari Amanah utk justify kehadiran Bang Non?
Quote botol_tritan 7-11-2023 05:55 PM
Firenzza replied at 7-11-2023 03:29 PM
Knp nuart jd paranoia?  Lg 1 siapa yg larang dia pg apex? Yg dia perlu jelaskan knp pkr join LI yg a ...

Ni sis, penerangan nurul izzah. Dia cakap tuduhan palsu dan sudah diperbetulkan. I just attached je kat sini, sbb i sendiri xtau nak percaya ke atau nak tergelak.

IMG_8374.jpeg

Quote vanilla_vell 7-11-2023 06:58 PM
https://www.ehm.my/publications/articles/business-politics-and-pragmatism-malaysias-interactions-with-israel-and-the-rothschild-dynasty-1957%E2%80%931980s

Baru ni terbaca ni..Semoga Allah lindung kita semua
Quote Firenzza 7-11-2023 07:05 PM
botol_tritan replied at 7-11-2023 05:55 PM
Ni sis, penerangan nurul izzah. Dia cakap tuduhan palsu dan sudah diperbetulkan. I just attached j ...

Bila diperbetulkan? Kalau netizen x kantoikan ada pahmi gerek tu sibuk nk suruh LI turunkan logo? Lagipun content dlm website tu dh berkurun xde plk anak beranak ni kesah risiko kalau benda ni leaking?

Kalau izzah ni ikhlas dia dh buat satu notis mengutuk LI atas sokongan kpd isroel & quit

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041274 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top