Jakarta: Gara-gara tidak tahan dengan aksi lumba haram yang sering berlaku, sekumpulan penduduk Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah nekad merosakkan dan membakar sebuah motosikal milik seorang lelaki.
Portal berita Okezone melaporkan, sebuah video tular yang dikongsikan di laman media sosial, sebuah motosikal dilihat dibakar oleh penduduk di tengah jalan di kawasan Murjani. Sebelum dibakar, orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki dan remaja merosakkan motosikal tersebut dengan memijak dan menggunakan kayu. Pemangku Ketua Polis Pahandut Palangkaraya, Asisten Komisioner Polis Suharno berkata, insiden itu berlaku semalam pada waktu subuh. Menurutnya, ketika itu, orang ramai turun ke jalan kerana berang dengan aktiviti lumba haram di kawasan itu yang turut menyebabkan sebuah gerai dirempuh. Mangsa atau pemilik motosikal tersebut, yang tidak menyertai lumba haram kemudian pergi ke kawasan itu untuk menemui rakannya yang dirempuh kumpulan penunggang motosikal berkenaan.
Namun, dia sebaliknya menjadi mangsa, di mana ketika itu orang ramai sudah memenuhi kawasan berkenaan. “Ketika mahu pulang, motosikal mangsa ditahan orang ramai. Mangsa pergi meminta bantuan, namun sejurus kembali, motosikal miliknya sudah dibakar,” kata Suharno. Sumber: Komso! Online |
ADVERTISEMENT