SINGAPURA – Seorang pembantu rumah ditahan polis selepas melempar beberapa perabot rumah dari tingkat 20 sebuah apartmen di Singapura. Mothership melaporkan, wanita berusia 34 tahun itu dilaporkan mengunci dirinya di dalam bilik di apartmen Block 52 Commonwealth Drive sebelum melempar pelbagai barang kelengkapan termasuk perabot dan baju ke luar tingkap.
Kejadian itu berlaku pada pukul 4 pagi (waktu tempatan), Jumaat lalu. Menurut majikannya, dia tinggal di rumah itu bersama seorang ibu saudara yang nyanyuk serta pembantu rumah berkenaan. Antara tugas pembantu tersebut adalah menjaga warga emas berusia 76 tahun itu. Tambahnya, pembantu rumah itu mula menjerit dan membaling barangan ke luar tingkap selepas mengunci diri di dalam bilik. Bimbang dengan keadaan itu, lelaki berkenaan menghubungi polis dan sejurus tiba, pembantu rumahnya terus ditahan.
Tiada penjelasan lanjut mengenai penyebab tindakan itu, namun lelaki berkenaan mengakui bahawa tugas menjaga wanita nyanyuk bukan mudah. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT