Seorang individu resah akibat bapanya berhasrat untuk melihat dia bersanding di atas pelamin manakala ibunya berkeras tidak mahu melihat kelibat bekas suami. Tersepit dengan permintaan ibu serta bapanya, lelaki ini masih berharap majlis perkahwinan yang akan diadakan pada tahun hadapan dapat diraikan bersama kedua-dua orang tuanya itu.
“InsyaAllah saya akan berkahwin tahun depan. Masalahnya adalah ibu dan ayah saya bercerai. “Jadi ibu saya berkeras tak nak ada bekas suaminya (ayah saya) semasa majlis,” luahnya di media sosial. Ibunya turut menyatakan keengganan untuk berjumpa dengan lelaki berkenaan yang dikatakan pernah berlaku curang suatu masa dahulu dan perkahwinan yang dibina berakhir dengan penceraian. “Faktor mereka bercerai pun kerana ayah saya curang. Jadi ibu memang nekad tak nak dia hadir ke majlis saya,” jelasnya.
Tambahnya sepanjang tempoh dia membesar, bapanya tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya mahupun bekas isteri. Lebih menyedihkan apabila setiap perbelanjaan dan kos kehidupan mereka berdua sepenuhnya ditanggung oleh ibu. “Kalau boleh tak nak berjumpa sebab ayah saya memang tak ambil tahu sepanjang saya membesar dengan ibu. Semua ibu yang tanggung dari kecil hingga besar. “Apabila dah dewasa ni, barulah nampak macam nak berbaik dengan saya,” tambahnya yang mengakui berada dalam dilema dengan situasi semasa. Luahannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya. Kebanyakannya menasihati dia supaya mengutamakan ibu yang telah bersusah payah membersarkannya sejak kecil tanpa kehadiran seorang suami. “Bagitahu ayah, saya tak jemput sebab nak jaga hati mak. Mak yang jaga dari kecil, ayah bukan ambil tahu... harap ayah faham. Kalau bersanding, kongsikan gambar saja dengan ayah. “Ayah curang kemudian tidak menjalankan tanggungjawab kepada anak selepas bercerai. Kat situ, pengorbanan ibu besar sangat... Ayah kembali kepada anak, mungkin boleh tumpang senang. Jadi letak diri di tempat ibu, pasangan curang dan hilangkan diri selepas bercerai? “Jaga hati ibu. Dia yang banyak berjasa dalam hidup awak... sebagai lelaki awak, kena tegas beritahu bapa yang kehadirannya boleh menyebabkan majlis jadi tak meriah. Awak boleh bawa isteri jumpa dia lepas kahwin,” ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya bapanya menaja atau memberikan sedikit duit perbelanjaan untuk majlis perkahwinan tersebut. Malah bagi warga maya, jika bapa sekadar ingin melihat anaknya bersanding, ia boleh dilakukan menerusi panggilan video. “Mungkin kalau ayah sanggup bayar nafkah tertunggak dulu-dulu, mak boleh bagi peluang hadir kenduri. Sponsor sama kenduri tu, setakat nak tengok sanding... video call pun boleh. “Suruh ayah buat kenduri asing di rumah dia, kenduri di rumah ayah... mak tak perlu pergi. Jadi kedua-duanya dapat tengok awak bersanding. “Buat dua kenduri, satu sebelah mak dan satu lagi sebelah ayah... adil, jadi tiada adegan masam muka,” tambah beberapa netizen lagi. -CARI Sumber: mStar
|
epullipan replied at 6-11-2023 05:31 PM
mcam bapak mertua aku dulu..nak soh sign borang kebenaran wali bagai kena bayar dia rm500, biras aku ...
Sazreena replied at 7-11-2023 09:24 AM
Xde makna nak tersepeit deh..nak datang suh dia bayar semua amaun nafkah tertunggak yg bapak dia hut ...
KamikuP replied at 6-11-2023 05:27 PM
Buat mock kad kahwin tarikh lain.. biar terkulat bapak kau datang silap ttarikh.. ekekekek
nw111 replied at 7-11-2023 12:51 PM
Bini you bagi tak
twins replied at 7-11-2023 12:52 PM
normal di kalangan bapak2 melayu... bila bercerai setengah sanggup tak ngaku anak pun dengan bini tu ...
ADVERTISEMENT