CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laki Bini Dikecam Sumbat Tilam Single Dalam Dryer Kedai Dobi Layan Diri "Sepadan Sangat, IQ Sama Level"

6-11-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6421| Komen: 74

Dua individu menjadi kecaman ramai selepas tular video menyaksikan mereka sedang memasukkan sebuah tilam bersaiz single ke dalam mesin pengering (dryer) di sebuah premis dobi layan diri.

"I cannot brain orang macam ni. Baik kau je masuk terus dalam tu," ciap individu di laman X.


Dalam rakaman berkenaan, dua individu dipercayai suami isteri kelihatan sedang menggulung sebuah tilam sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin pengering.




Namun, tilam itu dilihat gagal dimasukkan sepenuhnya kerana saiznya yang besar, melebihi had muatan mesin berkenaan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan dua pelanggan itu yang disifatkan tidak wajar dan memalukan.

"Ini yang orang tua cakap bagai pinang dibelah dua sama cantik sama cerdik.

"Weh. Macam mana otak mereka berfungsi? Lain level punya pemikiran.

"Pasangan sekufu. Sepadan sangat. IQ sama level," tulis beberapa netizen secara sinis. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 6-11-2023 11:19 AM
aku pakai mesin 14kg pun xde gigih sumbat tilam dlm tu..
Quote ninnamina 6-11-2023 11:22 AM
macam2 perangai orang
Quote menjad 6-11-2023 11:34 AM
Muat ker

Kalau 28kg mungkin boleh. Tapi tak gamak haih nak buat
Quote airfilterkotor 6-11-2023 11:55 AM
Dryer yang belah bawah pun dia sumbat jugak.
Quote Fly_over 6-11-2023 11:56 AM
anak ngompol ketew?
Quote ina_na 6-11-2023 11:58 AM
Ya ampun ko dah knp kakkkkk... Jemur je la kat bawah sinaran matahari..kalo duk apartment jemur je kat balconi..tp kalo duk PPR tu ssh la nk fkr
Quote talapia 6-11-2023 12:01 PM
wei.. aku ingatkan tilam lipat2.. mcm logik lagi dia bole squeeeeeeze masuk. Ni tilam single camtu.. haiyo.. mujur takde spring kot. hehe..
jemur ajela kt padang kalau takde ruang kt umah nk jemur pon..
Quote hotmak 6-11-2023 12:01 PM
tak tegur ke, rosak lah mesin org oii, kos repair bukan murah
Quote Sazreena 6-11-2023 12:04 PM
Mesti masa baby mak dorang tak bagi menan masukkan cube of the same size kaan. Pekat nau benaknya.
Quote amyza 6-11-2023 12:05 PM
Ya ampun, sel² otak tak berhubung ni
Tilam & carpet kena jemur sampai kering, mana masuk mesin lah. Tak tau ke ada bedsheet yg kalau anak kencing atas tilam tak tembus pun ke tilam. Beli lah kat shopee, tak payah susah² angkut tilam sampai ke dobi.
Quote midori888 6-11-2023 12:13 PM
haha mcm nie punya org pun ada....
Quote sayurmayur88 6-11-2023 12:22 PM
geng2 entitle ni, jangan kau komen or tegur, memang melenting ni..hahahaha
Quote Suchi 6-11-2023 12:51 PM
Sblm pasang cadar, pasang pelindung tilam dulu, kalis air kalis dosa semua ada


Quote asamfish 6-11-2023 02:00 PM
moron!  ini dah dikira vandalism!
Quote fatimahmarkonah 6-11-2023 02:03 PM
Cannot brain
Quote electricopop 6-11-2023 02:13 PM
Otak kt lutut ke apa depa ni?
Quote tungkai 6-11-2023 02:16 PM
Wehh...tak terbakar ke kalau guna drier. Dah la tilam tu mostly span
Quote sara_thrash 6-11-2023 02:19 PM
patut dorang yang masuk dlm tu sebab nampak mcm otak tu yg kena cuci.
Quote Antifake 6-11-2023 03:05 PM
hotmak: tak tegur ke, rosak lah mesin  ...
ntahnya… dok post aje nape.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.044045 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top