Seperti dipetik di Kosmo, SAUDARA PENGARANG, Saya tertarik dengan isu minggu lalu di akhbar ini yang mendedahkan bahawa hampir separuh rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan walaupun RM1,000.
Betul, saya bersetuju dengan kenyataan itu, kerana saya dan beberapa kawan turut mengalaminya walaupun tergolong dalam golongan M40. Manakan tidak, perbelanjaan harian ketika ini meningkat lebih sekali ganda, sebagai contoh harga beras sekitar RM26 bagi 10 kilogram sebelum ini, sekarang mencecah lebih RM35. Itu belum lagi yang jenis bekerja, terpaksa makan di luar ketika hari bekerja dan hanya memasak bila hari cuti. Bila makan bungkus nak cari nasi berlauk bawah RM5 memang mimpilah kalau sekitar Kuala Lumpur, mesti harganya lebih RM10 dengan satu lauk, sayur dan segelas teh ais. Pada pengamatan saya, selain kos sara hidup, faktor gaji juga menjadi salah satu penyumbang mengapa kami sukar menyimpan.
Gaji kebanyakan kami ditakuk lama, malah ada yang kerja berpuluh tahun masih gaji ketika tahun 2015. Hakikatnya, walaupun tergolong dalam golongan M40, tetapi apabila berada di bandar besar seperti ibu kota, kami jadi ‘miskin bandar’. Cukai kena bayar, sumbangan tunai rahmah tidak dapat, malah beberapa subsidi lain mungkin ‘ditarik’ selepas ini. Bukan nak menafikan rezeki, tetapi hakikatnya itulah nasib dialami golongan seperti kami. Sikit masa lagi mungkin makan pun akan bercatu sekiranya keadaan ekonomi seperti ini berterusan, nak menyimpan jauh sekalilah. M4O pening Kepong, Kuala Lumpur
|
BoongaKertas replied at 6-11-2023 10:45 AM
eventho iols stuju part cukai tu, sbb M40 mcm dianaktirikan betul. pdhal M40 penyumbang terbesar gak ...
shernazz replied at 6-11-2023 02:55 AM
Aik Cheong sedap oo Kopi O pastu cicah biskut lemak...
Yum yum...
M40 juga banyak tanggungan pastu ...
BoongaKertas replied at 6-11-2023 11:07 AM
mcm iols lah baru beli rumah gak. mmg terasa opr naik tu. pdhal rumah below 500k tp tulah, hadap j ...
Purplehaz replied at 6-11-2023 11:07 AM
Dah mula dh M40 meratib......lps ni t20 pulak meratib
Purplehaz replied at 6-11-2023 11:07 AM
Dah mula dh M40 meratib......lps ni t20 pulak meratib
insulin replied at 6-11-2023 03:12 AM
U beli rumah ni x kongsi bayar dengan suami ke?
makadek replied at 6-11-2023 03:41 AM
Downgrade la lifestyle
BoongaKertas replied at 6-11-2023 11:37 AM
nak fefeeling independent sis kononnya
BoongaKertas replied at 6-11-2023 11:07 AM
mcm iols lah baru beli rumah gak. mmg terasa opr naik tu. pdhal rumah below 500k tp tulah, hadap j ...
ADVERTISEMENT