Bagi memastikan aurat sentiasa terjaga, wanita Palestin kebiasaannya akan tidur dengan memakai pakaian solat sebagai persediaan menghadapi kematian sekiranya tempat tinggal mereka dibom rejim Zionis Israel.
Seorang wanita Palestin menerusi perkongsian video pada Instagram Toyor Al-Jannah dari Jordan baru-baru ini, yang kemudiannya diterjemahkan seorang pengguna media sosial, Sajida Zulkafli. “Kami di rumah biasanya akan pakai pakaian solat dan bersiap seperti hendak keluar. Sebab kami jangkakan bila-bila pun kami boleh mati dibom. Kami semua akan berkumpul satu bilik supaya kalau kami mati, kami akan mati bersama. “Kami menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan meminta tuhan beri jalan keluar dari semua ini. Tentang menang atau kalah, itu bukan sesuatu yang merisaukan kerana itu memang janji dari tuhan (maka ia pasti berlaku). “Mungkin itulah membuatkan kami kuat. Kami tak takut mati kerana mati bermakna syahid, dan orang yang syahid akan berada di syurga dengan izin Allah,” kata wanita dalam video tersebut.
|
ADVERTISEMENT