Seorang individu mendedahkan dia telah mengutip beberapa barangan dapur yang dibuang jirannya kerana jenama tersebut didakwa memberi sokongan kepada Israel. “Jiran saya aura marah dia kat Israel amat tinggi sampai semua ni (barang makanan) nak dibuangnya.
“Nasib baik lori sampah belum datang, saya ambil sajalah... tak salahkan? “Saya pun boikot juga, setakat tak beli sahaja. Ni yang dah beli dia nak buang... bagus sungguh dia,” tulisnya di Facebook. Katanya kebanyakan barangan yang dibuang masih belum dibuka. Malah dia turut meminta mereka yang ingin memboikot supaya melakukannya dengan 'ilmu' atau tindakan tersebut hanya akan menguntungkan orang lain. Menerusi gambar yang dikongsikan, produk yang dibuang oleh jirannya itu adalah jenis minuman dan coklat. Hantaran tersebut turut dikongsikan seorang pelayar X, yang turut bersetuju dengan pandangannya tentang ‘ilmu’ boikot.
“Boikot maksudnya berhenti beli yang baharu. Ini dah beli dulu-dulu, yang jiran dia pergi buang juga kenapa ya? IQ (darjah kecerdasan) 3000 move ni,” ciapnya. Di ruangan komen, kebanyakan warga maya turut berpandangan sama dan menyifatkan jirannya itu sebagai tidak memahami maksud boikot yang sebenarnya. “Dah beli lama tapi buang, kan jadi membazir pula. “Nak boikot memang kena ada ilmu. Jangan ingat kita buang tu membawa kebaikan, sebenarnya berdosa sebab membazir. “Pakai sampai habis apa yang dah terbeli tu, lepas habis jangan beli dah,” ujar beberapa warga maya. Bagaimanapun segelintir netizen lagi beranggapan bahawa jiran yang dimaksudkan itu mungkin berasa sedih untuk menikmati makanan daripada jenama berkaitan kerana membayangkan mangsa konflik Palestin. “Betul tapi kena fikir juga dari sudut pandangan mereka... Nescafe yang saya dah beli, setiap kali nak bancuh memang rasa bersalah. “Rasa bersalah apabila minum sedap lagi-lagi jenama Israel... teringat dekat bayi Palestin yang tak dapat minum,” ujar segelintir lagi netizen. -CARI Sumber: mStar
|
prettyuglybabe replied at 6-11-2023 10:38 AM
hasanah batak like or jiran busy body..
orang tu kalau buang dalam plastik hitam, cam mana kau nampa ...
prettyuglybabe replied at 6-11-2023 10:38 AM
hasanah batak like or jiran busy body..
orang tu kalau buang dalam plastik hitam, cam mana kau nampa ...
Purplehaz replied at 6-11-2023 11:18 AM
Smlm pergi KFc waktu puncak, nmpk tiada org..selalu penuh kat situ. Tapi nmpk ramai yg order online
ADVERTISEMENT