Subang: Beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak 4 petang tadi. Antara kawasan yang dinaiki air termasuk di Jalan Persiaran Subang, Subang Jaya, USJ dan SS14.
Situasi itu dikongsi penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan di media sosial. Berdasarkan perkongsian di media sosial, kawasan parkir dan bahagian bawah pusat beli-belah Subang Parade turut dimasuki air. Seorang pemilik akaun X menggunakan nama @cinnomorolls menerusi ciapannya memberitahu pihak pengurusan pusat beli-belah itu memasang siren sebagai amaran banjir kepada pengunjung. Seorang lagi pemilik akaun X @Adrianlee memuat naik rakaman video keadaan banjir di pusat beli-belah itu beserta ciapan banjir #subangjaya #subangparade. Setakat ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor belum menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat di kawasan terbabit.
Sumber: Harian Metro |
misc replied at 5-11-2023 09:24 PM
Lama betul tak pegi Subang Parade. Kalau mcm tu punya banjir, mesti parking lot basement lagi teruk ...
uda replied at 5-11-2023 09:38 PM
Tenguk dalam video sinarharian: air kat parking tu taklah tinggi,agak dalam3-4 inci. Keliling suba ...
kakikuDibibirmu: Ni musti salah pembalakan keliling Subang
limesherbet replied at 6-11-2023 06:00 AM
Lama sgt and dirty subang parade ni...elok demolish je. Org subang pergi je la swy pyramid. last i g ...
limesherbet replied at 6-11-2023 06:00 AM
Lama sgt and dirty subang parade ni...elok demolish je. Org subang pergi je la swy pyramid. last i g ...
ADVERTISEMENT