CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Awak Bodoh Atau Berlagak Bodoh?' - Elvina Mohamad Bidas Netizen Suruh 'Buang' Nama Bapa

5-11-2023 05:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5067| Komen: 34

Pelakon Datin Elvina Mohamad menyelar tindakan seorang pengguna media sosial yang secara terbuka mengkritik dan memintanya tidak lagi menggunakan nama bapa iaitu 'Mohamad'.

Berang dengan komen tersebut, Elvina atau Norzalina Mohamad, 28, turut beranggapan kata-kata netizen itu adalah satu tindakan yang kurang bijak.



"Awak bodoh atau berlagak bodoh. Hanya kerana saya pakai hooded gown, saya kena buang nama bapa?

"Adakah semua wanita Muslim kena buang nama bapa hanya kerana berpakaian kurang sopan? Komen itu jangan nampak bodoh sangat," katanya

Elvina menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Ahad berserta gambar profil lelaki berkenaan yang kini sudah diletakkan dalam mode 'private'.


Lelaki tersebut sebelum itu meninggalkan komen kecaman terhadap pemakaian Elvina yang dilihat kurang sopan ketika hadir dalam sebuah acara baru-baru ini.

"Kalau nak jadi netizen kenalah kental. Baru kena sikit dah private akaun.

"Bila artis off comment, kata takut dengan netizen. Ini pula macam mana? Netizen takut dengan artis? Bila diam makin melampau," tegasnya.

Elvina sebelum ini menerima banyak kecaman gara-gara memakai busana fesyen hooded gown yang dianggap netizen sengaja mempersendakan penampilan wanita Muslim.

Tidak mengulas mengenai tindakannya itu, Elvina hanya bersetuju dengan komen pengikut yang faham akan konsep baju tersebut.

"Terima kasih ada yang nak tolong jelaskan kepada netizen," ujarnya ringkas.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 5-11-2023 06:11 PM
Mmg x kne pakai gitu
Tp die nie lawa
Bimbo jgk  ke
Quote divalaura 5-11-2023 06:15 PM
lohhhhh norzalina jahhhh namanya
kohkohkoh...
kemain elvina bagai
Quote lazim 5-11-2023 06:26 PM
Loh nama kampung je.. pandai lagi mak pasah bagi nama
Quote syamzana 5-11-2023 06:42 PM
mai mana elvina tu???
tgk rupa dia som la nama elvina dari norzalina  
netizen pun bengap apa main2 nama bapak org plak, biar la dia nak seksi pun nama pun retis depa peduli apa separa bogel skalipun
Quote bambimo 5-11-2023 06:47 PM
lazim replied at 5-11-2023 06:26 PM
Loh nama kampung je.. pandai lagi mak pasah bagi nama

Ni I setuju kreatif mama fs bagi nama anak2
Quote tukul 5-11-2023 06:49 PM
Apa ke bongok netizen pun nak suruh buang nama bapak..
Quote heythere123 5-11-2023 06:54 PM
missyL replied at 5-11-2023 06:11 PM
Mmg x kne pakai gitu
Tp die nie lawa
Bimbo jgk  ke

memang bimbo pon kaka

tapi sheols jarang berbunyi so memang marah sangat kot dengan komen tu
Quote bottombikini 5-11-2023 06:55 PM
tak payah nak livina sgt lah

dia ni antara yg lawa tapi tulah
Quote 234126 5-11-2023 06:56 PM
Pakai je nama zalina tu takyah la letak kat socmed nama bapak sebab dah terang bersuluh nama Nabi mcm tak elok pulak. Kalau ye sayang bapak nak jugak letak ko pendekkan je la jadi mohd. Takde terang2 nama  Nabi.  Dia yg bimbo tuduh orang pulak bodoh or berlagak bodoh
Quote heythere123 5-11-2023 07:06 PM
harap netizen attack yang ni jugak

9847CA5F-7827-4EC4-B2DA-AAA552C84F84.jpeg
Quote lazim 5-11-2023 07:18 PM
heythere123 replied at 5-11-2023 07:06 PM
harap netizen attack yang ni jugak

Ni hape benda AI ke
Quote QueenIsolde 5-11-2023 07:32 PM
Norzalina ni awal2 kemunculan dulu muka dia biasa je, tp lately mmg nampak cantik sangat. Tp syg dia pilih dato mlm tu jdi laki. Tak hensem, penah ada kes curang jgk kan lepas kawen.
Quote Piramida 5-11-2023 07:41 PM
Edited by Piramida at 5-11-2023 07:43 PM

Ntah2 org tu refer nama betul.
Memang nama ada Elvina ke or Norzalina Mohamad? Kalau Elvina xde dlm IC, memang patutlah saranan org tu. Huhuhhu

Btw, biasa je muka dan body... Pinggang pun x berapa nak ada.
Quote Piramida 5-11-2023 07:44 PM
heythere123 replied at 5-11-2023 07:06 PM
harap netizen attack yang ni jugak

Siapa ni... Rakyat Msia ke? Merepek2 je perangai pakai gini. Buruk.
Quote KikiHadid 5-11-2023 07:48 PM
heythere123 replied at 5-11-2023 07:06 PM
harap netizen attack yang ni jugak

Ni tahik ap nama plk ni



Quote Chah21 5-11-2023 08:01 PM
Umur dia 28 ke 38... Salah tulis ke kt atas tu
Quote Chah21 5-11-2023 08:04 PM
heythere123 replied at 5-11-2023 07:06 PM
harap netizen attack yang ni jugak

Ya ampun..my eyes
Quote sharlenetexas 5-11-2023 08:12 PM
Banding dgn acik mare pakai style sama, sheols nmpk kekampungan.

Quote sharlenetexas 5-11-2023 08:14 PM
QueenIsolde replied at 5-11-2023 07:32 PM
Norzalina ni awal2 kemunculan dulu muka dia biasa je, tp lately mmg nampak cantik sangat. Tp syg dia ...

Laki sheols buat hal masa tgh pregnant ke masa pantang.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.043650 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top