CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Terajang Anak Lerai Pergaduhan Dengan Ibu

5-11-2023 05:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2285| Komen: 16

Ampang: Niat seorang anak meleraikan pergaduhan antara ibu dan bapanya berubah apabila dirinya cedera diterajang di bahagian perut serta ditarik rambut dalam kejadian di kediamannya, di Jalan Dato Abu Samah, Kampung Pasir Hulu Kelang, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1.30 petang.

L
Katanya, pelajar lelaki berusia 15 tahun yang juga anak kandung suspek berada di rumah ketika kejadian dan telah menghalang tindakan ibu dan ayahnya itu.

“Susulan itu, bapa mangsa secara tiba-tiba terajang, tampar dan menarik rambut mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan soft tissue injury (kecederaan tisu lembut) pada bahagian perut dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bertindak atas maklumat, Mohd Azam memaklumkan sepasukan anggota polis telah membuat tangkapan terhadap suspek seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan bekerja sebagai pemotong rumput.


“Tangkapan terhadap suspek dibuat pada pukul 3 petang di tepi jalan laluan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pada hari yang sama,” kata beliau.

Menurut beliau, suspek didapati positif methamphetamin hasil ujian air kencing dilakukan terhadapnya.

“Punca kejadian kerana tidak puas hati apabila mangsa menggunakan motosikal milik ibunya, suspek turut mempunyai lapan rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah,” ujarnya.

Justeru itu, Mohd Azam memaklumkan tindakan reman dikenakan terhadap suspek selama empat hari bermula hari ini dan akan berakhir pada Rabu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Turut disiasat Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu memasukkan dadah ke dalam badan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 5-11-2023 08:12 PM
Edited by cucutokwan89 at 5-11-2023 08:14 PM

kalau masih sayang jgk lps ni, entahlah nk komen apa lg..dgn rekod bersusun nye
Quote jerukkedondong 5-11-2023 08:37 PM
kesian sungguh si anak tu...harap Allah pelihara dia dari mnjadi anak yg rebel
Quote mejaputih 5-11-2023 08:44 PM
Skjp sgt masuk jail, nnt kuar jail kembali semula mendadih dan bantai anak. Semoga si isteri jgn terima lg jantan tu for the sake of your children.
Quote Carcosa 5-11-2023 09:08 PM
Lepas ni mesti maknya terima balik jantan dadih babi sengkek pemotong rumput.
Lepas tu anak jadi Rebel, sebab dia bersusah payah kena terajang smp masuk Hospital bagai, tapi maknya yg sangap pensil 2B berbau meth, terima balik apaknya, violating his trust. Terus terusan lah cycle yg tak healthy ni sampai keturunan diorang ni lenyap dan luput dari muka bumi ini
Quote sarahmirza 5-11-2023 09:12 PM
Carcosa replied at 5-11-2023 09:08 PM
Lepas ni mesti maknya terima balik jantan dadih babi sengkek pemotong rumput.
Lepas tu anak jadi Reb ...

Memang wujud perempuan macam ni kan....
Yang i pernah baca, kes simbah asid kat mak dan anak sampai anak cacat muka...
Keluar penjara konon dah insaf... Si mak bodoh tu pun tetima balik dgn pelukan.. Iyelah, perempuan bodoh mana ada jantan lain nak... Jantan dh cacatkan anak dia je yg nakkan dia...
Masa iv cakap dah maafkan yada yada yada... Anak pun redho je la tp dalam hati takde sapa tau...

Moga tak membiak lagi.. Bertambah nnt spesies manusia bodoh taguna lagi... Bazir oksigen dunia..
Quote LautBiru52 5-11-2023 10:36 PM
Alahai maknya pun. Punya byk rekod jenayah laki tu masih stay dh kenapa. Sian kt anak
Quote _kelly 5-11-2023 11:00 PM
sarahmirza replied at 5-11-2023 09:12 PM
Memang wujud perempuan macam ni kan....
Yang i pernah baca, kes simbah asid kat mak dan anak sampa ...

i ingat kes ni..anak2 yang kena simbah tu teruk jugak kan muka dia..mak je cakap redha, anak tak kata apa..tah2 duk simpan dendam dalam hati
Quote sarahmirza 6-11-2023 06:21 AM
_kelly replied at 5-11-2023 11:00 PM
i ingat kes ni..anak2 yang kena simbah tu teruk jugak kan muka dia..mak je cakap redha, anak tak k ...

Mak bapak mcm ni kalau anak abaikan bila tua nnt tak payah la nak mengadu domba anak derhaka.. Depa dh lama derhaka kat anak.
Quote batmana 6-11-2023 06:52 AM
Semoga anaknya cepat sembuh
Quote mawarika 6-11-2023 07:44 AM
Aku kesian Kat anak tu. mental dia lg.. dapat bapak tak guna.  Mcmana agaknya ekonomi family ni. Keperluan anak dan pembelajaran dia. Bapak makan dadah. For sure kesempitan duit. Kadang Budak jahat dtgnya dr family yg bermasalah. Jadi memberontak.
Quote shamsadis 6-11-2023 08:23 AM

Menurut beliau, suspek didapati positif methamphetamin hasil ujian air kencing dilakukan terhadapnya.


ermmmm dadah musuh no. negara
Quote None68 6-11-2023 08:41 AM
Dah layak sangat bercerai..
Quote Cassieopeia 6-11-2023 09:40 AM
moga anak tu tak ikut perangai bapak dia dan mak dia tuntut cerai dan dok jauh dr laki ni.
Quote Sazreena 6-11-2023 12:19 PM
Dah mendadih...kawin lak tu..membiak lagi..
Quote myakayina 6-11-2023 03:08 PM
sbb tu taik dadah ni klu boleh korang jgnlah kahwin dan menyusahkan kaum perempuan, korang telan je dadah tu sampai mampus..jgn membiak pun kt muka bumi ni..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037801 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top