CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakit Perut, Mudah Demam, Tia Jinbara Hidap Kanser Hati

5-11-2023 02:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2570| Komen: 10

Bekas vokalis kumpulan Jinbara iaitu Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam pada Rabu lalu kerana mengalami sakit perut yang melampau dan sukar bernafas.

Menurut isterinya Suzan Ahmad berkata Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, bagaimanapun dalam keadaan stabil namun sedikit kritikal.



"Keadaan Abang Tia sekarang ini stabil dan memang doktor sudah sahkan dia menghidap kanser hati. Tahap berapa itu doktor masih lagi lakukan siasatan.

"Dia masuk hopsital pada Rabu dengan keadaan yang tidak berapa sihat jadi doktor ambil keputusan untuk tahan dia sebab kesakitan dia lain macam sedikit.

"Bila buat periksaan lanjut... apa semua baru nampak masalah dia dekat hati dia. Memang ada ketumbuhan bersifat kanser," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu Suzan memberitahu kesihatan Tia sememangnya tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Malah dia bertindak untuk menghantar suaminya ke hospital pada Rabu lalu selepas keadaan Tia seakan memburuk apabila perutnya semakin membesar.


"Sebenarnya dia bertahun-tahun tak sihat tapi on off. Cepat sakit... cepat baik. Jadi kami tak tahu ada benda lain yang bahaya.

"Dia selalu sakit perut... mudah demam dan cepat letih. Benda itu berlarutan dan sentiasa berlaku," katanya.

Suzan juga berkata ketika ini dia masih lagi menantikan perancangan daripada doktor yang merawatnya.

"Sekarang ini doktor di sini sedang berbincang dengan doktor di Selayang untuk langkah seterusnya. Mungkin minggu depan kami akan ke Selayang untuk perancangan lanjut," kongsinya.

Ditanya mengenai kewangan ketika ini, Suzan memaklumkan Tia memiliki insuran namun tidak cukup untuk menanggung kos rawatan penyakit suaminya.

Dia bagaimanapun akan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan suaminya mendapat rawatan yang sewajarnya.

"Saya bukan nak meminta bantuan ke apa, tapi saya risau proses ia akan panjang dan bukan untuk sekarang ini saja.

"Mungkin ada ubat yang saya kena beli nanti jadi sangat membantu kalau ada pihak yang sudi membantu.

"Saya juga harapkan semua peminat doakan kesembuhan dia," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 5-11-2023 03:30 PM
Takutnya....macam demam... Lepas tu cepat letih... Pikir dah tua la kot... Last2 ada kanser pula...
Memang kena rajin buat check up...
Quote doubleA 5-11-2023 04:29 PM
Iols suka tia dalam gv dulu. Jenis happy2 slumber je. Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh
Quote Moyangkucing 5-11-2023 05:08 PM
Allah... bahaya nya kanser hati. Mudah2an Allah bagi kesembuhan buat Tia...
Quote Purplehaz 5-11-2023 05:48 PM
Start umur masuk 40 dh boleh fikir utk diri sendiri wajib buat full checkup takyah tunggu sakit dtg,  diabetes, kolestrol, check darah level liver enzymes,  buah pinggang, jantung, tanda awal kanser servik  payudara kanser prostat, utk ujian kanser sample darah atau calitan akan dihantar ke Pusat Makmal kanser negara.

Buatlah la ujian berkala. Kat hosp swasta ker, kat kkm Foc jer.
Quote woven11 5-11-2023 06:38 PM
Semoga di permudahkan urusan.. senang betul skrg dpt penyakit kanser..
Quote sleepandream 5-11-2023 06:51 PM
Purplehaz replied at 5-11-2023 05:48 PM
Start umur masuk 40 dh boleh fikir utk diri sendiri wajib buat full checkup takyah tunggu sakit dtg, ...

betul sis... cuma kat KKM dtg saja2 nak buat medical checkup rasanya tak boleh...dah tua2 ni walaupun rasa sihat elok buat full blood test... klinik cas rasanya below rm300 jah...

dan paling penting... ambikla takaful medical card yach...walaupun chuols keje gov...
sebab que dekat hosp gov sekarang berjanggut chuols... kalau chuols kaya sekalipun, kalau hospital mintak deposit 50k la tu mampu ke limit CC chuolsnak swipe nanti



Quote Cikbunge80 5-11-2023 07:44 PM
timah03 replied at 5-11-2023 03:30 PM
Takutnya....macam demam... Lepas tu cepat letih... Pikir dah tua la kot... Last2 ada kanser pula...
...

Mmg itu simptomnya.. jd kalau x rajin buat check up mmg lambat detect. Same case with my late Husband..
Quote heartnsoul 5-11-2023 08:44 PM
lagi satu symptom ialah jaundice iaitu mata, kulit kekuningan..
Quote heartnsoul 5-11-2023 08:46 PM
Semuga diberi kesembuhan buat Tia dan dipermudahkan semua urusan . Aamiin..
Quote LadyCarefree 5-11-2023 10:51 PM
xtau siapa tp kesian. Mudah2an sembuh.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037277 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top