CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lantang Kutuk Zionis, Daiyan Trisha Syukur Tiada Kontrak Dibatalkan

5-11-2023 01:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3684| Komen: 24

“Alhamdulillah setakat ini tiada lagi yang batalkan kerjasama tetapi tidak tahu apa akan jadi pada masa depan.”

Itu yang diungkapkan pelakon popular, Daiyan Trisha berhubung pendekatan lantangnya mengutuk kekejaman Zionis di Gaza biarpun berisiko akan menjejaskan kedudukannya sebagai duta pelbagai jenama antarabangsa.



“Harapnya tiada yang nak batalkan kontrak sebab saya hanya jalankan tugas seorang manusia yang menolak sebarang kekejaman terhadap golongan tidak berdosa terutama mereka yang beragama Islam,” kata Daiyan.

Memberi pandangan mengenai masyarakat memandang sinis sehingga wujud ‘cancel culture’ atau budaya boikot terhadap golongan selebriti yang tidak lantang bersuara mengenai isu Palestin, wanita berusia 30 tahun itu mempunyai pendapat tersendiri.

Tegasnya, budaya tersebut tidak sepatutnya dipraktikkan kerana setiap individu mempunyai cara sendiri dalam mempamerkan sokongan terhadap sebarang isu terutama konflik Palestin.



“Saya tak setuju apabila masyarakat mengecam segelintir selebriti yang tidak bersuara mengenai isu Palestin atau kemanusiaan.

“Saya tidak rasa bersuara dalam media sosial bagi menunjukkan solidariti adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh mana-mana selebriti atau golongan berpengaruh.

“Mungkin mereka ada cara tersendiri untuk menzahirkan sokongan,” katanya lagi.
Tidak perlu menambah kebencian terhadap pihak lain dan cukup pada negara kejam Israel sahaja, itu yang berulang-kali ditegaskan Daiyan.

“Kadang-kadang ada yang tidak loud, tetapi dia ada cara lain untuk beri sokongan seperti menyalurkan dana dalam bentuk wang ringgit. Bukan semua kebaikan perlu dipaparkan dalam media sosial.

“Jadi tidak perlu sebarkan kebencian dan kecaman terhadap mereka yang tidak lantang bersuara tentang hal-hal sebegini. Hormat prinsip mereka.

“Tidak semestinya mereka tidak bersuara, mereka tidak pro-Palestin. Jangan sebab isu lain, umat Islam di sini pula berpecah-belah,” tuturnya lagi. 


Sumber: HibGlam


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 5-11-2023 02:09 PM
hehehehhehehehehehehehehehehhehehhhehehehehehhheheh iyolah tu
Quote anilanil 5-11-2023 02:11 PM
Baik ckp no comment je mek daiya drpd statement bodoh2 alang cenggini. Tajuk pon kemain lantang celah mana? Alhamdulillah kontrak belum dibatalkan? Apa itu syubhah? Oh, komitmen tinggi mau bayar banglo & kereta mewah...
Quote Ahriman 5-11-2023 02:27 PM
Tkpe.klau takde duit b*p*k g*l* tanggung.
Quote bukan_ustazah 5-11-2023 02:28 PM
Sebab bapa gula pengaruh besar.
Quote bukan_ustazah 5-11-2023 02:28 PM
Buku dia tu laku ke? Betul ke puisi dia tulis tu untuk keli?
Quote kaedahnya 5-11-2023 02:56 PM
todiahh baju
Quote caprisonne 5-11-2023 03:15 PM
How lantang is lantang? Getting annoying by the day, she seems to be.
Quote timah03 5-11-2023 03:31 PM
Kalau ikut fashion, rasa nya eyka farhana lagi ngam...
Quote makneng 5-11-2023 03:33 PM
Eleh…takut2 bodo kan kau?
Quote Hoola 5-11-2023 03:57 PM
ermmmmmmmmmm

awak kan kayaaaaaa
ermmmmmmmmm
Quote jambatannetizen 5-11-2023 03:57 PM
timah03 replied at 5-11-2023 03:31 PM
Kalau ikut fashion, rasa nya eyka farhana lagi ngam...

Eyka itu dulu nampak much rempit. Sekarang dah lain kan sheols. Dah nampak metropolitan. Sheols dulu macam asall ppr je.
Quote aemon 5-11-2023 04:13 PM
Edited by aemon at 5-11-2023 04:16 PM

The power of p****.sape la yg start term tu dulu
Quote winky1 5-11-2023 04:21 PM
Dulu langsing
Quote divalaura 5-11-2023 06:16 PM
memang lah tak terkesan..
awak pun sekadar "face of" je sis..
BUKAN AMBASSADOR punnnnn
Quote kalchi 5-11-2023 06:19 PM
Amnde fashiun dia ni

I tak bapa suka org yg kejap2 post psl dia baca quran (tu pon nak tunjuk jgk kan), bila pegi umrah dia la tepaling insaf, tp at the same time mcmni. Buat biasa2 dah ler. Dah tau masih gian nak pakai kemban2, takpe silakan. Identiti celaru, sokay, semua org pun struggling. Tp toksah la duk propah2
Quote DeLuna85 5-11-2023 07:10 PM
Tapi aku suka dia
Quote purplelilac 5-11-2023 11:10 PM
Alah daiyan kau pon post pasal palestine ni after influenza bising2 ramai artis2 berdiam diri pasal perang2 ni kan? Termasuk kau time tu ek. Poyo! After few days baru post ckp busy bla bla bla. Kalau x hp kau berjahit je kat tangan kan!
Quote Bukankualilekuk 6-11-2023 12:48 AM
Nape makin pelik muka. Tak cantik dik
Quote kotakominami 6-11-2023 12:53 AM
Edited by kotakominami at 6-11-2023 12:54 AM

Sebab dia claim lantang bersuara nk tau gak part mane yg lantang tu... adakah lantang mcm founder huda beauty tu atau setakat post kt ig buat raso raso ....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.099870 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top