CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen Sengaja 'Ponteng' Sidang Parlimen Mungkin Dipaparkan Di 'Website', Biar Pengundi Kawasan Tahu

4-11-2023 10:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5976| Komen: 14

Georgetown: Nama-nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau 'ponteng' sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen mereka maklum perkara tersebut.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan parlimen yang diwakili.

Gambar hiasan

Katanya, cadangan itu akan dibincangkan oleh beliau dengan jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan.

"Saya akan bincang perkara ini kerana saya tidak boleh terus berikan arahan. Selepas perbincangan akan putuskan bila akan mula.

"Seelokknya kita mulakan (paparkan nama di laman web) secepat mungkin, mungkin pada persidangan yang akan datang, ini antara penambahbaikkan yang kita akan buat kerana ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka bertanya di manakah Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri," katanya di sini, hari ini.


Johari, yang merupakan Ahli Majlis Pengakap Negara, ditemui selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Kerjasama Serantau Pengakap ASEAN (ASARC) ke-18 di sini yang turut dihadiri pemimpin pengakap dari negara-negara ASEAN.

Katanya, beliau faham tugas Ahli Parlimen yang banyak dan ada antara mereka tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di lokasi lain dan ada juga yang perlu melaksanakan tugas di luar negara.

"Mana-mana Ahli Parlimen yang tidak hadir bersebab mereka boleh terus maklumkan kepada Speaker bertugas, sekurang-kurangnya kita tidak akan menganggap mereka ponteng sidang Dewan Rakyat," katanya.

Beliau menyifatkan gejala ponteng sidang Dewan Rakyat dalam kalangan Ahli Parlimen adalah tidak serius kerana mereka masih menghadiri persidangan kecuali mempunyai tugas di luar ketika sidang berlangsung.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Insomniacs 4-11-2023 10:28 PM
Bagus laa.. ambil jer tindakan.. jangan jadik pemalas ye!
Quote Ayda89 4-11-2023 10:29 PM
Elok sangat
Quote opie5662 4-11-2023 10:47 PM
Pengundi pon sama bongok. Tak perform pon undi jugak...
Quote Antifake 5-11-2023 12:48 AM
Sat lagi mai la depa tapi faking aje semata…
Quote sharlenetexas 5-11-2023 01:13 AM
Tak malu kaki ponteng.

Quote nono86 5-11-2023 04:45 AM
Hak ni aku setuju.. dak pun tetap, 3 kali tak hadir lucut jawatan.. ramai lagi teringin nak jadi menteri
Quote mojarean_X 5-11-2023 06:57 AM
nono86 replied at 5-11-2023 04:45 AM
Hak ni aku setuju.. dak pun tetap, 3 kali tak hadir lucut jawatan.. ramai lagi teringin nak jadi men ...

Itu kena pinda perlembagaan
Quote af_mania 5-11-2023 07:07 AM
Setuju sgt. Masa berkempen je gigih turun padang, berkempen menghasut macam setan, siap cuci kereta bagai!!
Bila masuk parlimen.. asyik “escape” kelas ja.
Quote Rdizz 5-11-2023 09:15 AM
Elok lah.. tapi statistik yg dulu siapa juara ponteng, naik juara semua dah tercatat dlm sejarah. Kebulor jwtn, tapi hadir sidang pun xnak. Apa lagi nk menyelesai masalah rakyat, lagi ke laut.
Quote gorjeous 5-11-2023 10:14 AM
elok  laaa
Quote nikaido 5-11-2023 10:19 AM
Presiden parti agama pun kaki ponteng
Quote Firenzza 5-11-2023 07:20 PM
Apa display kt website plk? X praktikal.....potong elaun ribu riban diorg......1 hari ponteng potong RM1k......sebulan x dtg gaji MP x pyh bayar terus......baru padan muka diorg
Quote Skuau 5-11-2023 08:23 PM
1 kali x datang 1 sebatan la...tgok acaner rentua kena sebat kt montot...kalo malu...jgn la buat...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.071578 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top