CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ernie Zakri Terhibur Kulit Album Disamakan Dengan Botol Bedak

4-11-2023 06:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3681| Komen: 8

Penyanyi Ernie Zakri terhibur apabila menerima pelbagai reaksi peminat mengenai kulit album terbaharunya berjudul Aura yang dilancarkan pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, mempersoalkan tindakan salah seorang peminatnya yang menggelar Aura sebagai album bedak.



Bagaimanapun peminat berkenaan turut memuji kesemua karya yang terdapat di dalam album tersebut kerana menepati citarasanya.

"Album ‘bedak’ ini cukup wangi dan lagu-lagu yang terisi dalamnya secantik visual.

"Bunyinya tidak monotonous rintih membosankan semata. Mendengar album ni semacam melayan jalan cerita yang lengkap ada liku, saat bangkit," katanya.

Bagi menjawab pertanyaan penyanyi berkenaan, rata-rata netizen berkongsi beberapa foto yang memaklumkan kulit album tersebut seakan beberapa produk bedak yang berada di pasaran.



Malah ada yang berseloroh menganggap Ernie sebagai duta bedak di Malaysia.

"Kulit album itu macam beberapa jenis bedak dekat Malaysia. Warna pun lebih kurang macam iklan bedak.

"Kak Ninie ( Ernie) duta bedak Malaysia, bedak-bedak pun cantik," antara komen netizen.

Album Aura ini mengandungi 10 buah lagu yang diolah khas oleh Ernie sendiri untuk memberi keyakinan kepada mereka yang rasa terluka dalam menghadapi kehidupan harian.

Ia merupakan sebuah album yang membawa pesan tentang peneguhan diri dan sikap positif dan menceritakan tentang sumber kekuatan seseorang.

Bukan itu sahaja, penghasilkan Aura juga membabitkan ramai komposer dan penerbit selain mengambil masa perancangan sekitar setahun kerana Ernie mempunyai beberapa permintaan khas.

“Saya yang meminta sendiri lagu daripada penulis serta pencipta yang terbabit dalam album ini. Proses rakaman kesemua lagu juga memakan waktu sekitar tiga hingga empat bulan untuk disiapkan.

"Jadi saya harap para pendengar akan dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan di dalam album ini. Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat serta kekuatan itu," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 4-11-2023 08:16 PM
Hmmm dua je lagu sedap dalam album baru ni. Lagu satu hati (amylea komposer), persis katarsis (aubrey suwito). Lagu ezra kong macam tak sampai. Lagu2 lain semua tak catchy.
Quote lazim 4-11-2023 08:44 PM
Vid ngan syamel. Igt kak Nini xde taste ke nk pilih suami tak hensem. Sesambil memuji syamel hensem
Quote drivethru 4-11-2023 08:57 PM
Bedak brand ni mmg wangi kan. Teringat masa sekolah dulu. Siap sapu bedak dekat baju lagi.
Quote beta_carotene 4-11-2023 08:59 PM
phalanx replied at 4-11-2023 07:16 PM
Hmmm dua je lagu sedap dalam album baru ni. Lagu satu hati (amylea komposer), persis katarsis (aubre ...

Serius ye..compare dgn album aina abdul mmg nampak beza quality lagu n soul.

Apa2 pun album retis Malaysia Wanita yg Meols rasa perfect 10 score is Elyana - Jadi Diriku ya.
Quote I.K.A888990 5-11-2023 12:09 AM
haha mcm2
bedak ketiak pn jadik la
Quote Rhyno 5-11-2023 12:36 AM
phalanx replied at 4-11-2023 08:16 PM
Hmmm dua je lagu sedap dalam album baru ni. Lagu satu hati (amylea komposer), persis katarsis (aubre ...

lagu Jangan Hilang Percaya sedap nyah. AJL material song.

[youtube]jHEN8zpiRY8[/youtube]
Quote BLoOmiNg_LeaF 5-11-2023 02:18 AM
pesen baju nmpk ade bau2 si meknah beduL je..tp tahap keburukan design mekni msh  blm seextreme mcm design si meknah bedul
Quote tuntasha 5-11-2023 05:42 AM
Apasal suka nah posing memek muka camtu eh. Tak lawa.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.037378 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top