Penyanyi, Hafiz Suip menjelaskan imej rambutnya berwarna seakan-akan hijau, hanya bertahan lima hari sebelum 'dikorbankan' kerana sedar ia memberi pengaruh kurang baik kepada anak sulungnya, Riyadh Zafri. "Saya lihat tindakan itu mempengaruhi budak-budak, terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata kepada ibunya, 'bonda saya pun nak rambut macam ayah'. Beristighfar saya masa itu. "Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya," ujarnya yang pada awal zaman popularitinya sinonim berambut panjang dan kerinting. Hafiz, 33, memberitahu keputusan memilih warna berkenaan dibuat secara spontan tatkala membelek-belek katalog fesyen sambil berbincang dengan pendandan rambutnya dalam memutuskan kelainan gaya ingin ditonjolkan. Pemilik nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip ini turut bercerita, dia ketika itu mengikuti siri drama One Piece dan mendapat inspirasi daripada watak diminatinya, Roronoa Zoro. "Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat, rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya. "Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu," luahnya yang tampil dengan single terbaharu, Terus Bersinar.
|
Qatrunnadaain replied at 4-11-2023 02:45 PM
Makin pelik2 je la mamat ni.. dah la kurus extreme.. then suddenly warna rambut hijau.. sesuatu sang ...
sleepandream replied at 4-11-2023 07:30 AM
kenapa heols boleh dapat slipped disc? main gym ke?
Gara-gara kerana terlalu lincah bermain futsal baru-baru ini, Hafiz Suip kini telah dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya kerana masalah sakit tulang belakang (slipped disc) sejak empat hari lalu.
Saya reda meskipun sedih tak dapat mendukung anak sendiri, Muhammad Riyadh Zafri yang kini makin aktif," kata penyanyi Hafiz Suip.
Pelantun lagu Noktah Cinta itu terpaksa memendam rasa seorang bapa apabila tidak dapat mendukung anak sulungnya kerana menghadapi kecederaan tulang belakang sejak tiga tahun lalu.
Hafiz berkata, atas nasihat doktor dia tidak dibenarkan mengangkat dan melakukan kerja berat, termasuk mendukung anak kecilnya itu.
Ahriman replied at 4-11-2023 04:33 PM
Plis release lagu stok2 ajl.manalah tau ade rezeki masuk ajl tahun dpn.
Kangkung1M replied at 4-11-2023 10:35 PM
Dia start sakit slip disc tahun 2015 sebab cedera masa main futsal.
Sumber: https://www.rotikaya. ...
bukan_ustazah replied at 5-11-2023 01:48 AM
Kurus betul dia sekarang. Satu lagi mira basic sampai mcm sakit.
ADVERTISEMENT