CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Miliki Beberapa Rekod Jenayah Diberkas Curi Kabel TM

4-11-2023 09:58 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4473| Komen: 5

Papar: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di tepi jalan utama Papar-Bongawan, pada 15 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata suspek berusia 39 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di sebuah rumah di Bongawan, di sini, kira-kira jam 2 pagi, kelmarin.

 
Beliau berkata, hasil siasatan pasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah di Bongawan.

"Setiba di lokasi, polis membuat pemeriksaan dalam rumah dan menahan suspek. Soal siasat membawa kepada pasukan polis ke sebuah rumah kosong dan menemui satu guni wayar TM dipercayai dicuri.

"Turut ditemui peralatan digunakan ketika melakukan jenayah iaitu gergaji besi, alat ragum, pemotong dan pisau," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Papar untuk tindakan lanjut.


"Siasatan awal mendapati suspek turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau. Suspek akan dipohon reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 4-11-2023 10:54 AM
masa i sekolah asrama dulu2 kabel warna2 ni budak2 nakal curi & buat cincin. Lawa gak cincin tu, siapa yg pakai mmg "dijaga" taiko sekolah
Quote shernazz 4-11-2023 12:58 PM
Hanat betul
Elok Mati jah
Hidup tak Guna sesen pung
Quote I.K.A888990 4-11-2023 04:22 PM
ada rekod jnayah lampau tu
dah tangkap jgn lepas2 lagi
Quote Ahriman 4-11-2023 04:41 PM
Mat dadih la tu..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.099891 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top