CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Kikis Apanya? Saya Pun Hidup Serba Mencukupi," Taufiq Hanafi Bengang Dituduh Suka Kikis Duit Wanita

1-11-2023 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4192| Komen: 15

Taufiq Hanafi terkilan apabila ada gosip menggambarkan dia sebagai seorang yang gemar mengikis wang wanita.

Pada awalnya dia tidak mengambil pusing tentang artikel berbentuk gosip itu ramai mula memetik namanya berdasarkan klu diberikan.


Foto: IG

"Saya ada baca sebuah artikel yang ditulis secara agak terperinci butirannya namun saya tak mahu ambil kisah dan anggap berita itu tentang artis luar negara.

"Tapi apa buat saya rasa tak sedap bila netizen secara terang-terangan memetik nama saya sebagai individu dimaksudkan," katanya kepada mStar.



Menerusi artikel berkenaan, seorang pelakon lelaki yang pernah muncul dalam sebuah filem genre ketenteraan didakwa sebagai kaki kikis wang wanita.

Tidak hanya itu, tunang individu berkenaan turut menjadi mangsa sebelum ditinggalkan tanpa mengumumkan perkara itu secara terbuka.

Taufiq memberitahu ikatan pertunangan dengan Farah Azrina berakhir dengan baik tanpa sebarang sengketa di antara mereka.



Malah kata pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu mereka masih berhubung malah pernah menghantar mesej mengucapkan selamat hari raya kepada Farah.

"Nak kikis apanya? Saya pun hidup dalam keluarga yang Alhamdulillah semuanya serba mencukupi.

"Kenapa saya nak kena buat macam tu (kikis duit)... Saya ada keluarga yang boleh bantu saya sekiranya saya susah dan tuduhan itu tak manis sebab turut melibatkan mereka," ujarnya.



Tidak melatah dengan gosip berkenaan, Taufiq sebaliknya hanya mahu membersihkan namanya daripada gosip yang disifatkan sebagai fitnah.

"Saya hanya mahu bersihkan nama saya... Kalau bukan nama saya yang dimaksudkan oleh gosip itu Alhamdulillah.

"Tapi kalau gosip itu memang fitnah dan nak menjatuhkan kerjaya saya, saya tak boleh nak kata apa dan hanya berserah kepada Allah untuk membalas perbuatan mereka," ujarnya.


Untuk rekod, Taufiq dan Farah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, pertunangan mereka berakhir pada awal tahun ini dan Taufiq mula rapat dengan personaliti televisyen Anim Ezati sejak September lalu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aina_shaira 1-11-2023 05:15 PM
Sapo ni? Sesendu yakmat
Quote I.K.A888990 1-11-2023 06:52 PM
fofular betul mamat ni eh
adoi
Quote ReginaGeorge 1-11-2023 06:58 PM
Dia pegang watak utama ke watak picisan? Muka dia tak sesuai jadi hero sebab tak sedap mata memandang.
Quote Skydiva 1-11-2023 07:32 PM
Rupe pn kureng, ade hati nk jadik pengikis.. ke mangsa2 tak kisah psl rupa, janji sado?
Quote mawardia 1-11-2023 07:44 PM
Takde sape petik nama dia terang-terangan kecuali poremers. So adekah dia baca porem? Luls
Quote sharlenetexas 1-11-2023 07:55 PM
Kaberina?


Quote sayurmayur88 2-11-2023 07:29 AM
tak kenal ????
Quote blekkep 2-11-2023 08:27 AM
aiols x nmpak heols sado...nmpak gemok jahhh...
Quote AbukRokok 2-11-2023 08:40 AM
average joe
atau ada g panggil... below par
Quote Joysparta 2-11-2023 09:13 AM
Eeeee..tak ensem..hahahahha
Quote minahmanja 2-11-2023 09:22 AM
mawardia replied at 1-11-2023 07:44 PM
Takde sape petik nama dia terang-terangan kecuali poremers. So adekah dia baca porem? Luls

Kat tt majoriti memang teka dia.. siap mention nama hehehe
Quote prettyuglybabe 2-11-2023 11:32 AM
kalau takde kerja selain pelakon picisan, selayaknya la kena ngata
Quote bukan_ustazah 2-11-2023 12:10 PM
Baca forum ke?
Quote Missjass 2-11-2023 12:26 PM
mawardia replied at 1-11-2023 07:44 PM
Takde sape petik nama dia terang-terangan kecuali poremers. So adekah dia baca porem? Luls

dekat komen tiktok mmg terang2 komen nama heols
Quote aciksenah 2-11-2023 01:46 PM
Tak berbaloi untuk diperkikiskan..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058677 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top