Penyerang sukan hoki ais Amerika Syarikat, Adam Johnson maut selepas insiden semasa perlawanan Nottingham Panthers dengan Sheffield Steelers pada Sabtu. Memetik laporan dari Liga Hoki Ais Elit (EIHL) pada Ahad, atlet berusia 29 tahun itu menerima rawatan kecemasan berikutan kemalangan berlaku semasa permainan di Sheffield, England.
Walaupun ini tidak dapat disahkan dengan segera namun laporan mengatakan leher Johnson dipotong oleh pisau skate semasa kejadian seperti dalam video yang disiarkan di Twitter (X). Permainan dihentikan pada minit ke-35 ketika paramedik merawat Johnson yang kemudiannya dibawa ke hospital dan peminat diminta meninggalkan bangunan itu kerana kemalangan menimpa pemain tersebut. "The Nottingham Panthers benar-benar berdukacita untuk mengumumkan bahawa Adam Johnson telah meninggal dunia secara tragis berikutan kemalangan tragik pada perlawanan di Sheffield malam tadi.
"Adam, pemain nombor 47 kami, bukan sahaja pemain hoki ais yang cemerlang, tetapi juga rakan sepasukan yang hebat dan seseorang yang luar biasa. "Kelab akan sangat merinduinya dan tidak akan pernah melupakannya," memetik kenyataan dari The Nottingham Panthers. The Panthers menghantar ucapan takziah kepada keluarga, pasangan dan rakan Johnson, bersama peminat dan kakitangan kedua-dua kelab. Johnson menyertai Panthers pada Ogos tahun ini dengan membawa pengalamannya pernah bermain di Jerman dan Sweden serta di Amerika Syarikat. EIHL mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kematian Johnson dan telah menangguhkan semua perlawanan yang dijadualkan pada Ahad. — CARI Sumber: Majoriti
|
mejaputih replied at 1-11-2023 06:25 PM
scary ye...tak sanggup iols tgk video...
mejaputih replied at 1-11-2023 06:25 PM
scary ye...tak sanggup iols tgk video...
Dovahkiin replied at 1-11-2023 06:43 PM
Video kat atas ni tunjuk perbuatan pihak lawan yg ternyata atas tujuan jahat. Tp video tu x tunjuk ...
sukacactus replied at 1-11-2023 07:25 PM
Video dr jauh je
Nampak la kena kasut pihak lawan pastu mangsa jatuh
Tak gory tp kesian tgk
ADVERTISEMENT