CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yonnyboii Dah Jarang Lepak, Suka Main Dengan Anak Di Rumah "Kalau Keluar Kerja Terngiang-Ngiang Dia Menangis"

1-11-2023 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3823| Komen: 27

Kehidupan Yonnyboii berubah 180 darjah selepas bergelar seorang bapa.

Katanya dia lebih banyak meluangkan masa bersama anak berbanding keluar melepak dengan rakan-rakan.

Foto: IG


"Baby dah nak masuk empat bulan, saya sangat ceria dengan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga saya dan isteri. Keceriaan itu boleh nampak dekat muka saya.

"Bila ada baby kehidupan saya berubah 180 darjah, bertukar jadi orang lain. Kalau dulu saya banyak keluar lepak, sekarang dah jarang keluar lepak. Fokus pada baby saya.



"Malah kalau saya keluar bekerja pun saya boleh dengar dia menangis dekat telinga saya.

"Saya juga lebih rapat dengan kawan-kawan yang sudah bergelar bapa. Komuniti saya sekarang pun lain. Senang kata memang best perasaan itu,"katanya kepada Oh Bulan.


Walaupun bergelar bapa di usia muda, Yonny kata tak susah memandangkan dia masih lagi mempunyai tenaga yang banyak.

"Pada usia 25 tahun menjadi bapa saya tak anggap ia terlalu muda, ngam-ngam je. Saya rasa masih ada tenaga untuk jaga anak pada waktu malam dan pagi.

"Saya sangat bersyukur dapat banyak masa diluangkan dengan anak meskipun sibuk dengan kerjaya seni.



Yonny  turut berkongsi ragam bayinya bernama Kairo yang sering terjaga pada waktu malam.

"Dia memang suka bangun malam macam bapa dia, tak tidur malam. Kadang kena paksa dia bangun pagi supaya malam dia boleh tidur. Awalnya memang susah nak buat, lama-lama okay."


Untuk rekod, Yonny mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Nik Nazira pada 20 November 2021.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kairo yang dilahirkan pada Julai lalu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rdizz 1-11-2023 02:09 PM
Sapa bdk ni.. dgn rupa dan nama, mcm asamboi ja
Quote bottompro 1-11-2023 02:25 PM
Kalau letak dak yonni sblh org asli gua mussang, memang tiada beza
Quote naina 1-11-2023 03:24 PM
Cptbya dah nak 4 bulan
Rasa baru ada kat thread ni dia ngandung
Yelah baru dapat baby memang seronok
Tak kalutt lagi
Quote riyadhK 1-11-2023 03:26 PM
Duk rumah jela.
Quote uori 1-11-2023 03:32 PM
muka diani sebijik makcik jiran sebelah rumah nenek aku dan makcik ni suka membawang mulut terjuih2 petang2 sampai ke maghrib
Quote Lavender_Violet 1-11-2023 03:32 PM
Sungguhn aku tak paham mcm mana bini dia yg kategori comey ni boleh tinggal ex bf & lari ke yonni ni
Dah jd bapak masih nak guna nama Yonni'boi' ke??? Ishhh...geli
Patut kena tukar ke Yonni"dad"
Quote taji2906 1-11-2023 03:44 PM
gambar pakai baju hugo tu siap zoom ye? bagi jelas nampak brand apa. hahhaha adoyaii
Quote amyfaha 1-11-2023 04:30 PM
Sehodoh2 manusia
Quote Robitadotcom 1-11-2023 05:02 PM
walaupun muka dia eksotik. tp anak dia ok je comei nasib ikot bini.
Quote snowflakes 1-11-2023 05:06 PM
Tak baik hina paras rupa orang
Quote black_handbag 1-11-2023 05:06 PM
comelnya anak dia. mujurla tak ikut muka yonniboy.. 100% ikut muka dan kulit wife dia
Quote rosmahisham 1-11-2023 05:07 PM
Kagum dgn bini sheols yg x jemu & x beralih arah..klu iols bila malam je seremm hu hu
Quote missbigrockstar 1-11-2023 05:08 PM
Cute baby and unique name, baby Kairo.
Quote ninnamina 1-11-2023 05:52 PM
kairo bin yonni
Quote scarflicious 1-11-2023 05:58 PM
Muka tu melayu asli, tapi nama ank international.
Quote maroon_nerd 1-11-2023 09:29 PM
Lavender_Violet: Sungguhn aku tak paham mcm mana bini dia yg kategori comey ni boleh tinggal ex bf & lari ke yonni niDah jd bapak masih nak guna nama Yonni'boi' ke???  ...


Hahaha. Kelakar weyh. Yonnydad ko bagi nama ke dia.

Quote kierakirana 1-11-2023 09:59 PM
Rdizz replied at 1-11-2023 02:09 PM
Sapa bdk ni.. dgn rupa dan nama, mcm asamboi ja

Adhoiii tersemboq lagi kopi o gue
Quote Skyline_84 1-11-2023 10:24 PM
ya hampun..ingat org utan mana bru kluar dri gua.. rupanya budak yonni ni rupanya
Quote ina_na 1-11-2023 10:25 PM
Wife dia lawa gak..Kira ok la ibu muda

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040144 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top