Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak 4,994 kes buli di sekolah direkodkan bermula Januari sehingga Oktober lalu. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding 3,887 kes sepanjang tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, semua kes tersebut sudah disiasat dan tindakan susulan diambil terutamanya dari segi bimbingan kaunseling. “Kes buli atau gejala sosial ini melibatkan banyak pihak, bukan hanya ibu bapa, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) juga, kita memerlukan penglibatan daripada mereka. Juga komuniti setempat. “Tujuan kami untuk memastikan kes buli dapat dikurangkan dan pembuli dan mangsa buli dapat diberikan bimbingan sewajarnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH – Balik Pulau) berkaitan kes buli di sekolah.
Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, bagi mengatasi masalah itu, KPM bercadang menambah bilangan guru bimbingan kaunseling sekiranya kes jenayah buli semakin meningkat di semua sekolah. Kata beliau, langkah tersebut diambil bagi memastikan pihak kementerian dapat mengetahui punca sebenar kejadian buli itu berlaku sekali gus dapat menangani kes itu daripada berleluasa. “Ya, sekiranya kes buli ini semakin meningkat, kita (KPM) akan menambah bilangan guru bimbingan kaunseling kerana kaunselor ini akan mengambil tindakan terhadap kes ini (buli). “Ia supaya mereka (pembuli) dapat diberi kesedaran sepatutnya serta kita tahu kenapa kejadian buli itu berlaku dan mengapa mereka melakukan buli. Kaunseling adalah mustahak,”katanya. Pada masa sama, Hui Ying berkata, KPM juga telah menyediakan portal aduan buli yang membolehkan warga sekolah termasuk murid dan ibu bapa serta orang awam membuat aduan terus kepada pihak Kementerian dan maklumat yang diterima akan dilindungi. Terdapat empat saluran utama Portal Aduan Buli iaitu melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM, e-mel, talian telefon dan aplikasi WhatsApp. Sumber: Kosmo! Online |
annehuda replied at 1-11-2023 06:39 AM
kasilah cikgu kaunseling yg berfungsi skit, ni cikgu kaunseling sibuk buat laluan kerjaya spm je. ci ...
azimodin replied at 1-11-2023 02:52 PM
Yang penting pihak guru kena siasat semua kes buli walaupon nampak macam remeh. Aku dulu kawan tarik ...
annehuda replied at 1-11-2023 03:25 PM
staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni. mrsm mane aku taknak ckp la. die ...
annehuda replied at 1-11-2023 03:25 PM
staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni. mrsm mane aku taknak ckp la. die ...
annehuda replied at 1-11-2023 03:25 PM
staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni. mrsm mane aku taknak ckp la. die ...
dua_chzy replied at 1-11-2023 02:43 PM
Mereka sebenanrya perlu buat banyak program di sekolah. Tapi ramai cikgu kaunseling lek2 je tak bu ...
annehuda replied at 1-11-2023 03:25 PM
staf aku sorg baru keluarkan anak die form 1 dari satu mrsm ni. mrsm mane aku taknak ckp la. die ...
azimodin replied at 1-11-2023 03:45 PM
Pembuli memang xde rasa bersalah pon. Lepas dah habis sekolah i pernah confront la orang yg buli ( ...
ADVERTISEMENT