CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aniaya Dan Abaikan Anak Kandung, Ibu Tunggal Dan Rakan Tomboi Dipenjara 14 Tahun

1-11-2023 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4154| Komen: 42

Johor Bahru:  Ibu tunggal dan rakan serumah dihukum penajra 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya pada Ogos lalu.

Hakim VM Mabel Sheela menjatuhkan hukuman terhadap ibu tunggal berusia 27 tahun dan rakan serumahnya, Awiin Chua, 30, selepas ditangguhkan pada 10 Oktober lalu kerana beliau cuti sakit.


Mabel Sheela dalam penghakimannya sebak ketika membayangkan penderitaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang didera dalam tempoh sebulan.


Foto: Harian Metro

"Pertalian ibu dan anak adalah sangat istimewa, kalau awak (merujuk kepada ibu mangsa) tanya anak adakah dia mahu mengikut awak, pasti dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan merasa sakit.

"Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan tidak dibantu orang awam, pastinya mangsa akan meninggal dunia," katanya sebak.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir manakala kedua tertuduh diwakili peguam, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah

Dalam penghujahan Nur Diyana memaklumkan terdapat lebih 20 kecederaan fizikal terhadap tubuh mangsa berdasarkan hasil pemeriksaan yang dilakukan pakar perubatan.

Katanya, tempoh tertuduh melakukan penderaan terhadap mangsa selama sebulan yang mana kedua tertuduh mempunyai penjagaan terhadap mangsa kerana tinggal bersama mereka.

"Kekerapan setiap hari sejak 1 Julai hingga 9 Ogos berdasarkan pengesahan luka lama dan baru serta parut tubuh badan mangsa dalam laporan perubatan.

"Mangsa bukan saja dipukul tetapi turut diabaikan dengan meninggalkan mangsa keseorangan, dikunci di rumah tanpa makanan serta tidak menghalang atau menyelamatkan mangsa apabila dipukul," katanya.

Selepas mengambil kira penghujahan pendakwaan, Mabel Sheela menetapkan tertuduh dipenjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah seterusnya memerintahkan kedua tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bagi dua pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan 12 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal itu ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.

Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tiba di perkarangan mahkamah jam 9 pagi dilihat tenang dan bersedia menerima hukuman yang bakal dijatuhkan hakim terhadap mereka.

Pada 16 Ogos lalu, ibu tunggal itu dan Awiin yang juga wanita berperwatakan lelaki mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Bagaimanapun, pada 27 September lalu, kedua-dua mereka menukar pengakuan kepada bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Mabel Sheela.

Awal Ogos lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya adalah ibu kandungnya.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran menyerbu rumah diduduki dua beranak itu bersama kenalan ibu mangsa.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angio 1-11-2023 01:50 PM
Alhamdulillah. Dah bagus tu kau tak kena cucuh dgn batang rokok. Moga2 insaf sket perangai kejantanan kau tu. Macho tak kena tempat.
Quote Cassieopeia 1-11-2023 02:01 PM
elokla duduk dalam tu. rasakan
Quote talapia 1-11-2023 02:07 PM
ni kes yg mana eh? yg anak dia lari pergi rumah cikgu tu ke?
Quote she 1-11-2023 02:09 PM
Pengajaran untuk ibu2 muda
Kalau nak enjoy
Bagi dekat waris lain jaga

Tak memasal 14 tahun
Sia2 jadi ibu tunggul
Quote batmana 1-11-2023 02:13 PM
talapia replied at 1-11-2023 02:07 PM
ni kes yg mana eh? yg anak dia lari pergi rumah cikgu tu ke?

Ni kes kt pasir gudang..yg jiran serbu rumahnya psl anak jiran bitau ada budak Kene dera
Quote honam 1-11-2023 02:15 PM
fuh 14 tahun dalam penjara

tahniah kepada jiran-jiran prihatin yg telah menolong apa2 yg patut
Quote black_handbag 1-11-2023 02:17 PM
mmg nak membunuh agaknya dibuatnya budak tu. yg padan muka sekali tomboy yg nak jadi jantan tu. hujung2 mereput di penjara wanita juga ye

klu masuk penjara lelaki konfem kena bantai dah ko ni dengan banduan laki
Quote white_musk 1-11-2023 02:19 PM
honam replied at 1-11-2023 02:15 PM
fuh 14 tahun dalam penjara

tahniah kepada jiran-jiran prihatin yg telah menolong apa2 yg patut

Tiada daya, acik bawang berguna juga
Quote syamzana 1-11-2023 02:21 PM
bagus la jugak neber p serbu, wpun sesetgh ummah merasakan privacy dicabul kalau tak mati la bdk ni.
keluar penjara anak dah umur 21, jgn plak p cari dia suh tanggung hidup ko pasni.
Quote azimodin 1-11-2023 02:46 PM
Alhamdulillah, terima kasih hakim kerana sumbat dua2 lahanat ni masuk lokap. Iouls harap dua2 kena lenjan dalam tu.. mampos terus pon xpe
Terima kasih jugak kepada jiran2 yg serbu[em:2:]
Quote Kentot_Wangi 1-11-2023 02:56 PM
Terima kasih kt jiran2.. Sbb cepat bertindak. Klu lmbt sikit, ak rsa mau meninggal budak tu. Bukan boleh caya dorg ni.
Quote nuryakmal 1-11-2023 03:03 PM
rasain lho
Quote myakayina 1-11-2023 03:10 PM
semoga insaflah mak budak ni dgn pengkid tu..aku sian tengok anak dia masa jiran dtg serbu tu, dlm pada dia nangis2 takut lepas jiran2 tu check badan dia yg kena dera tu dia tetap pegi kt mak dia jgk..
Quote talapia 1-11-2023 03:11 PM
batmana replied at 1-11-2023 02:13 PM
Ni kes kt pasir gudang..yg jiran serbu rumahnya psl anak jiran bitau ada budak Kene dera

oo yg ada video jiran2 gi serang kt depan rumah tu eh..  x ingat camne keadaan anak dia tu..

yg kes budak tadika lari gi umah cikgu dia tu apa cerita entah.. sedih tengok video cikgunya menangis2 dengar cerita budak tu makan lauk lada iitam. orang luar pon bole simpati kat anak2 ni.. camne mak kandung sendiri tergamak nak dera eh? Hitam sungguh hati dia
Quote makita 1-11-2023 03:26 PM
Abesla pengkid 14 tahun duk terkurung. Makin buntal la mkn pakai free.
Quote mizzmimi 1-11-2023 03:42 PM
Anak sheols apaknya dah amik jaga kan?

Bagus cepat setel kes ni..
Quote sukacactus 1-11-2023 03:45 PM
Haaaaa…padan muka!
Rasakan lah ye
Quote amyza 1-11-2023 03:58 PM
Padan muka! Dengan anak sendiri pun tak sayang, ingat tak sakit ke cucuh dgn api. Bagus mereput dlm penjara.
Mangsa tu anak ke2, anak sulung dok dgn bapa ke?
Quote noor2 1-11-2023 04:01 PM
Puas hati...padan muka ko berdua

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035082 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top